Vellfire Publish time 17-4-2024 07:33 PM

Rumah dua tingkat, tiga kereta terbakar di Kampung Sondoton Baru Keningau

KENINGAU: Penghuni di sebuah rumah bukan hanya diuji kehilangan rumah tetapi juga kehilangan tiga kenderaan selepas terbakar di Kampung Sondoton Baru di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Shahrudy Delamin berkata, kejadian jam 9.30 pagi itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Katanya, bertindak dengan panggilan kecemasan diterima pada jam 9.38 pagi, 14 pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau bergegas ke lokasi sejauh tiga kilometer.
“Kebakaran memusnahkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat berkeluasan 65x75kaki terbakar sepenuhnya.
“Tiga kenderaan turut terbakar dan pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran, 300 kaki, tiga pancutan daripada sumber air tangki jentera dan kebakaran dikawal jam 9.57 pagi,” katanya.
Katanya, tiada kecederaan dilaporkan dalam kes ini dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Tambahnya, operasi keseluruhan ditamatkan jam 11.22 pagi.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240417/photo-output.jpeg
OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/17/rumah-dua-tingkat-tiga-kereta-terbakar-di-kampung-sondoton-baru-keningau
Pages: [1]
View full version: Rumah dua tingkat, tiga kereta terbakar di Kampung Sondoton Baru Keningau


ADVERTISEMENT