Vellfire Publish time 17-4-2024 07:31 PM

Punca kematian anak ketua polis daerah masih dalam siasatan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240417/ed08c189-3413-4542-81d7-cb3f0d3e6d55.jpeg

Utusan Borneo
KOTA KINABALU: Polis masih menjalankan siasatan berhubung kematian anak perempuan kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail yang ditemukan di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu, Selasa lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kakak mangsa berumur 16 tahun adalah satu-satunya individu yang menemukan remaja perempuan berumur 14 tahun berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
"Polis masih menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kakak mangsa adalah satu-satunya individu yang menemukan adiknya itu terbaring di dalam bilik berkenaan selepas pulang dari sekolah.
"Ketika kejadian, bapa mangsa pula berada di Kinabatangan, Sabah kerana sedang menguruskan perpindahan rumah disebabkan baru berpindah selepas dinaikkan pangkat,” katanya ketika dihubungi.
Bercakap lanjut, Razarudin berkata, proses bedah siasat dijalankan jam 9 pagi Rabu dan pihaknya kini sedang mengumpul semua saksi untuk dirakam keterangan.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi contohnya mangsa tertembak diri sendiri atau sebagainya selagi siasatan belum disiapkan," katanya.
Terdahulu, mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya, pada jam 12.42 tengah hari Selasa.
Dzulbaharin dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Lahad Datu pada 1 April lalu.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/17/punca-kematian-anak-ketua-polis-daerah-masih-dalam-siasatan
Pages: [1]
View full version: Punca kematian anak ketua polis daerah masih dalam siasatan


ADVERTISEMENT