Vellfire Publish time 17-4-2024 07:29 PM

Polis buru lelaki rakam wanita di tandas pusat beli belah


https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/styles/medium_landscape/public/images/article/20240416/ed08c189-3413-4542-81d7-cb3f0d3e6d55.jpeg?itok=rb7Pd72r

BURU: Lelaki yang diburu selepas dipercayai merakam mangsa di dalam tandas pusat beli belah di sini.
KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu giat memburu seorang lelaki yang merakam seorang wanita di dalam tandas sebuah pusat beli belah bebas cukai di Jalan Haji Saman di sini 6 April lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, laporan berkenaan kejadian itu diterima daripada seorang pengunjung wanita pada jam 3.34 petang pada 7 April lalu.
“Siasatan mendapati, mangsa menyedari ada individu tidak dikenali sedang memegang telefon bimbit di bawah pintu tandas kira-kira jam 8.40 malam.
“Tindakan suspek terbabit dipercayai untuk merakam gambar atau video mangsa di dalam bilik tandas berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, hasil semakan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli belah berkenaan mendapati suspek adalah seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan memakai baju berwarna hitam serta seluar coklat semasa kejadian.
Tambahnya, suspek juga mempunyai misai dan berjanggut nipis serta berselipar.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan individu dalam rakaman CCTV ini diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Wan Azman Mat Salleh di talian 012-8260050 bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/17/polis-buru-lelaki-rakam-wanita-di-tandas-pusat-beli-belah
Pages: [1]
View full version: Polis buru lelaki rakam wanita di tandas pusat beli belah


ADVERTISEMENT