Vellfire Publish time 17-4-2024 07:26 PM

Anak Ketua Polis Lahad Datu maut tertembak diri sendiri

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240416/ed08c189-3413-4542-81d7-cb3f0d3e6d55.jpeg

KOTA KINABALU: Anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, meninggal dunia disyaki tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu, hari ini.
Mangsa berusia 14 tahun ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya, pada jam 12.42 tengah hari.
Difahamkan, ketika kejadian Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berada di tempat kerjanya.
Pistol miliknya dikatakan tertinggal di rumah dan anaknya dipercayai memegang senjata api itu sebelum secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.
Dzulbaharin dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Lahad Datu pada 1 April lalu.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/16/anak-ketua-polis-lahad-datu-maut-tertembak-diri-sendiri
Pages: [1]
View full version: Anak Ketua Polis Lahad Datu maut tertembak diri sendiri


ADVERTISEMENT