Vellfire Publish time 17-4-2024 07:24 PM

Lelaki disyaki cuba seleweng 3.6 tan minyak sawit ditahan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240416/twu-ub16042024-hs-ppmp1.jpg

RAMPAS: Suspek dan barang rampasan dibawa ke pejabat PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.
SANDAKAN: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki cuba menyeleweng sebanyak 3.6 tan minyak sawit di Batu 25, Jalan Sandakan, di sini, semalam.
Suspek berusia 36 tahun itu ditahan kerana didapati membawa minyak sawit mentah (CPO) menggunakan sebuah lori menerusi operasi Op Khas Aidilfitri di lokasi berkenaan kira-kira jam 6.40 petang.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, Operasi Khas Aidilfitri berkenaan dilancarkan berdasarkan maklumat awam.
Katanya, pasukan operasi kemudiannya terserempak dengan sebuah lori yang berhenti di bahu jalan dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan terhadap lori berkenaan mendapati membawa muatan disyaki minyak sawit mentah tanpa sebarang dokumen yang sah.
“Suspek kemudian terus ditahan bersama minyak sawit mentah berkenaan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Menurutnya, tangkapan dan semua rampasan terus dibawa ke pejabat PPM Sandakan bagi urusan dokumentasi.
“Jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan bernilai RM58,870 berdasarkan harga pasaran semasa.
“Siasatan lanjut akan dijalankan dan kes berkenaan disiasat mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/16/lelaki-disyaki-cuba-seleweng-36-tan-minyak-sawit-ditahan
Pages: [1]
View full version: Lelaki disyaki cuba seleweng 3.6 tan minyak sawit ditahan


ADVERTISEMENT