Vellfire Publish time 17-4-2024 07:21 PM

Jambatan gantung baharu Kg. Takutan bawa manfaat kepada penduduk

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240416/kks-ub160424-ysh-joachim1.jpg

RASMI: Joachim (tengah) ketika merasmikan jambatan gantung baharu itu.
RANAU: Jambatan gantung baharu sepanjang 90 meter merentasi Sungai Mokodou di Kampung Takutan secara rasminya boleh digunakan penduduk.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, jambatan gantung baharu itu telah siap sepenuhnya pada Oktober tahun lalu.
"Kini, penduduk kampung sudah boleh menggunakannya termasuk untuk aktiviti pertanian.
“Jambatan gantung ini terputus pada tahun 2022 akıbat banjir besar yang berlaku ketika itu menyebabkan penduduk kampung tidak dapat untuk menggunakannya,” katanya ketika merasmikan jambatan berkenaan di sini, semalam.
Beliau berkata, secara keseluruhannya, terdapat dua jambatan gantung baharu dibina dan dua lagi yang dibaiki telah siap sepenuhnya.
Dalam pada itu, Joachim turut hadir pada mesyuarat Cawangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Kg. Takutan yang dihadiri oleh 61 ahli parti dan pemerhati mesyuarat. Beliau mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli PBS cawangan itu yang telah berjaya mengadakan mesyuarat.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/16/jambatan-gantung-baharu-kg-takutan-bawa-manfaat-kepada-penduduk
Pages: [1]
View full version: Jambatan gantung baharu Kg. Takutan bawa manfaat kepada penduduk


ADVERTISEMENT