mattzzx Publish time 17-4-2024 04:17 PM

PGA Lepaskan tembakan ke arah tayar kereta penyeludup

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/poliz_1713339550.jpg
GAMBAR hiasan

Tumpat: Anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) melepaskan satu das tembakan ke arah tayar belakang sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki yang disyaki penyeludup.

Kejadian berlaku 7.10 pagi semalam di Kampung Pulau Ular, Pengkalan Kubor apabila kenderaan yang dipandu lelaki itu bertindak mengundurkan kenderaan secara melulu dalam usaha melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, ketika meronda di kawasan terbabit, anggota PGA7 itu ternampak sebuah kereta Proton Iswara Aeroback berwarna hitam dipandu dari arah jambatan Pulau Ular menghala ke Kampung Tualang dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota mengejar kereta itu untuk memberhentikannya dan kenderaan itu berhenti di bahu jalan di kawasan lapang berhampiran Pos Kampung Pulau Ular, Pengkalan Kubor.


"Anggota kemudiannya turun dari motosikal sebelum menghampiri kereta terbabit bagi tujuan pemeriksaan namun secara tiba-tiba pemandunya bertindak mengundurkan kenderaan secara melulu dan berbahaya ke arah anggota Strike Force itu.

"Satu das tembakan dilepaskan ke arah tayar belakang sebelah kanan kereta terbabit untuk memberhentikannya serta meminimumkan ancaman terhadap anggota," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Khairi berkata, lelaki itu bagaimanapun bertindak meneruskan pemanduan dan melarikan diri sebelum sebelum kereta itu dijumpai ditinggalkan satu kilometer dari lokasi kejadian.

Menurutnya, usaha mengesan pemandu sudah dibuat namun gagal kerana dipercayai melarikan diri ke arah kawasan belukar berhampiran.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap kereta itu menjumpai 22 tong plastik berisi minyak petrol yang dipercayai hendak diseludup ke negara jiran.

"Kesemua rampasan dibawa balik ke Komtek Kuala Jambu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan cubaan bunuh.

"Siasatan awal mengesahkan bahawa pemilik asal kenderaan berada di Johor dan usaha mengesan serta menangkap pemiliknya sedang dijalankan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1080852/pga-lepaskan-tembakan-ke-arah-tayar-kereta-penyeludup
Pages: [1]
View full version: PGA Lepaskan tembakan ke arah tayar kereta penyeludup


ADVERTISEMENT