CARI-HBZ Publish time 17-4-2024 08:49 AM

Fendy Bakry & Isteri Naik Pelamin Selepas 4 Tahun Berkahwin – ‘Datang Beraya Di Indonesia, Diorang Suruh Sanding’

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/17/084857uefj7h9yfp971xyj.png



Pelakon, Fendy Bakry dan isterinya Ayu Afnizar baru sahaja selesai mengadakan majlis persandingan mereka di Medan selepas empat tahun mendirikan rumah tangga pada Sabtu lalu.


Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Fendy memaklumkan dirinya dan isteri diminta untuk bersanding oleh keluarga mentua sewaktu pertama kali menyambut perayaan Aidilfitri di Indonesia pada tahun ini.


https://www.instagram.com/p/C5sKmdnJe30/


"Kita tak ada baju raya, sekali datang beraya di Indonesia diorang suruh bersanding selepas empat tahun.


"Korang ‘wish’ selamat pengantin baru tau walaupun dah lama."


Sementara itu, Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi bin Nor Bakri menjelaskan bahawa majlis persandingannya itu dilakukan bagi memenuhi impian yang tertangguh sebelum ini akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Tambah Fendy, majlis tersebut juga diadakan serentak dengan dua beradik isterinya yang turut melangsungkan perkahwinan.


"Disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19, majlis persandingan kami yang sepatutnya berlangsung di sebelah keluarga mentua terpaksa dibatalkan."


"Berganti tahun demi tahun dan mengambil kira isteri saya pun sudah lama tak pulang ke kampung halamannya, jadi ayah mentua saya bercadang untuk buat majlis persandingan bersama dua beradik lain secara serentak.


"Lagipun ramai dalam kalangan ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat yang menetap di Medan tak dapat menghadiri majlis persandingan kami sebelum ini, jadi kami pun ambil peluang ini bersanding semula."


Sekadar info, Fendy dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 30 Ogos 2020 namun tidak dapat mengadakan majlis persandingan di belah keluarga mentuanya atas faktor pelaksaan PKP.


Sumber: Instagram Fendy Bakry, Harian Metro/OhBulan

BoongaKertas Publish time 17-4-2024 09:00 AM

lawa wife heols. indonesian rupanya. tak pernah heols tayangkan before?

telracs Publish time 17-4-2024 09:10 AM

Baru nak tanya, Fendy Bakry ni siapa?
Oh, pelakon rupanya.
Boleh tolong beri tajuk drama/filem lakonan beliau?
Baru nak kenal²...
Isterinya cantik...
Semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal bahagia sehingga ke akhirnya, amein.

talapia Publish time 17-4-2024 11:31 AM

telracs replied at 17-4-2024 09:10 AM
Baru nak tanya, Fendy Bakry ni siapa?
Oh, pelakon rupanya.
Boleh tolong beri tajuk drama/filem lakon ...

dia meletup dengan drama Mr Grey dulu... sila google.

Sesuatu… Publish time 17-4-2024 12:15 PM

Huntong bang kawen pompuan indo x kena kecam. Jgn pompuan meleis kawen indo, abangla, paki…terus kena halau meleysia pakej kecam x hengat umpama hina sgt mereka itu

Prickford Publish time 17-4-2024 12:19 PM

Baru iolls sedar dari koma ketupat rendang yg heolls ni dah kawin.

Kurex Publish time 17-4-2024 12:22 PM

Tak teruskan bisnes char kuetiau ke?

afie_m Publish time 17-4-2024 12:25 PM

cantik isteri dia

anggeriklatifah Publish time 17-4-2024 12:30 PM

isterinya org indonesia yg cantik persis artis sana

ihtisyam1 Publish time 17-4-2024 12:30 PM

nampak sangat muka indon wife dia

I.K.A888990 Publish time 17-4-2024 03:01 PM

tu yg terkejut tgk video ni
tiber ckp eh dia kawen lain ke hahaha

HoneyManjer Publish time 17-4-2024 03:07 PM

lepas kawen terus sunyi sepi ke bang...sampai org da lupa abg siapa
hahahhaha

telracs Publish time 17-4-2024 03:21 PM

talapia replied at 17-4-2024 03:31 AM
dia meletup dengan drama Mr Grey dulu... sila google.

Ok, thank you.
{:2conggalo

nanasno Publish time 18-4-2024 03:04 PM

jiran iols berkawan baik dengan heols ni. dulu kan heols sakit lepas letup drama mr grey. katanya buatan orang. lepas tu terus senyap.

sambalitam Publish time 18-4-2024 03:16 PM

Trobek jaman Mr Grey

sambalitam Publish time 18-4-2024 03:17 PM

sambalitam replied at 18-4-2024 03:16 PM
Trobek jaman Mr Grey

https://www.instagram.com/p/Bh-yi-FgdYi/?igsh=aXJ0dmhzd3Y4N2M4
Pages: [1]
View full version: Fendy Bakry & Isteri Naik Pelamin Selepas 4 Tahun Berkahwin – ‘Datang Beraya Di Indonesia, Diorang Suruh Sanding’


ADVERTISEMENT