CARI-HBZ Publish time 17-4-2024 08:44 AM

Isu Terima Duit Raya RM3, Uyaina Arshad Luah Rasa Geram Dengan Sikap Segelintir Tak Reti Bersyukur

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/17/084320q77njv1kpppzlfu6.png



Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir manusia yang tidak bersyukur menerima duit raya.


Menerusi hantaran di Instagram Stories, pengacara Wanita Hari Ini berkongsi semula puatan tajuk berita yang mengatakan seorang bapa terkejut anak terima duit raya sebanyak RM3.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/17/084409valmi9czfk59ghxh.png





Menurut Uyaina, walaupun sedikit jumlah duit raya namun tetap perlu diterima dan bersyukur.


‘Dapat seposen sekali pun, terima dan bersyukurlah.


Katanya lagi, pemberian duit raya itu terpulang kepada kemampuan seseorang untuk memberi mahupun tidak.


"Duit raya diberi mengikut kemampuan. Kalau orang tu tak bagi sekali pun, tak berdosa.


"Ikut suka hati dia lah nak bagi ke tak. Dan ikut suka hati dia lah nak bagi berapa pun.


"Jangan buat teruk please. Terpaling entitled."


Sumber: Instagram/OhBulan

KamikuP Publish time 17-4-2024 09:15 AM

mEOLLS masih bagi RM2.00 yaach kat budak2 yg dtg beraya.. kecuali anak sedara meolls bagi lebih sikit..

ninja boy Publish time 17-4-2024 12:30 PM

Ok rm 2-3 kalau ramai budak nak 100 org, remaja rm5 kalu 50 org, org tua rm10-50 kalu 50 org, total rm1500-2000 sementara ada stok

Cyempaka Publish time 17-4-2024 12:39 PM

bapak dia ingat anak dia special sangat ke orang nak bagi banyak2 :lol:
kalau tu bukan sedara mara dekat kau, takyah berangan la orang nak bagi banyak2

jihyomelly Publish time 17-4-2024 01:09 PM

mak bapak yg komplen byk serba tak kena..korang ready je la duit raya ribu2 utk anak korang..anak korang xyah beraya dgn org lain sbb tak sama level..ntah korang pun sama bagi kat anak org lain duit singgit2 ada hati mengata org..pirrah

Sesuatu… Publish time 17-4-2024 01:22 PM

Bapak siapa ni? Ko kalu beraya rumah aku, aku tamau kasi lah duit raya lgsg. Umpama rohingya tepi jalan minta sedekah, marah pulak org kasi sedekah kurang dr sekian sekian amount

MadameOnion Publish time 17-4-2024 02:55 PM

yang bising2 dapat duit raya sikit ni berapa pulak dia bagi kat anak org lain? hadap sangat mcm pengemis dah meminta minta

swimswim Publish time 17-4-2024 10:22 PM

Yg bapaknya bagi anak org lain berapa pulak.

nsmy Publish time 17-4-2024 10:50 PM

Tahun ni saya tak baginpun duit raya seperti tahun2 sebelumnya...

tulip-rain Publish time 17-4-2024 10:56 PM

Ramai jugak retis komen isu duit raya ni ye.

mrseller Publish time 17-4-2024 10:58 PM

Ko dah tak laku diam diam jer la

xAthenax Publish time 17-4-2024 10:59 PM

subsidy mentality:vmad3: sampai ke duit raya
orang tak bagi, siap tanya takde duit raya ke?
bagi rm5 pun boleh cakap, kalau aku balik setahun sekali, lebih dari rm5 aku boleh bagi
beri lah sendiri kat anak2..buat apa minta2 kat orang
aik..mengajar anak2 jadi pengemis pun ya
seriously tidak beradab
nak ziarah ke nak pau tuan rumah?
tahun depan, kaka dah cakap kat husband, no more duit raya
tak kira anak buah sendiri ke sesiapa
lain lah korang wan faysal, boleh cetak duit

Mary_jane Publish time 18-4-2024 01:00 AM

Apa benda lah. Dah lah tak bersyukur, pergi merempan lagi kat medsos.

antikorok Publish time 18-4-2024 07:56 PM

Setujuk! Duwet raya bukan wajib pon. Bapak yg merempan ni hengat dia siapa nak kondem2 orang bagi duwet berapa hengget??? Ko bawak anak ko pergi beraya kat umah menteri, T20 la nak duwett banyak2. Itteww pon kalo muka ko muka tembok tak tahu maloo bukan satu level pon dgn orka nak demand duwett banyak2. Bak kata Dibah AA, see your level! :$

Hoola Publish time 18-4-2024 09:01 PM

Edited by Hoola at 18-4-2024 09:04 PM

achik pun thn ni catu bajet cut
for the first time

kalu bg pun kt ank2 tu,makpak depa dgn aku pun mnyombong aku ni lg tua dari depa ..sedara tu.sembng pun x
koghase?????

maap zhir batin??
hakkkkpthuihhh!!!!

becir Publish time 18-4-2024 09:14 PM

Ni jenis parents entitled ni..ot sikit haritu masa raya i pegi satu rumah ni, diaorg invite duduk dekat luar rumah siap ada meja makan, kira raya situ jela. Boleh pulak cucu tuan rumah ni main mercun betul2 depan rumah tu punya la bising sampai kitaorg tak dpt bercakap. Parents budak tu pun pandang je takde nak suruh anak dia stop main, padahal we all baru duduk bukannya dah lama tak geti balik. Sudahnya i tak bagi duit kat cucu2 makcik tu, sebab pissed off sgt. :lol:
Pages: [1]
View full version: Isu Terima Duit Raya RM3, Uyaina Arshad Luah Rasa Geram Dengan Sikap Segelintir Tak Reti Bersyukur


ADVERTISEMENT