CARI-HBZ Publish time 17-4-2024 08:41 AM

Tya Arifin Kongsi Perbezaan Sambutan Raya Di Malaysia & Indonesia

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/17/084057ikoopcosesoscppf.png





Pelakon dan usahawan Tya Arifin membuat kejutan kepada ibu bapanya apabila pulang empat hari lebih awal untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama mereka di kampung halamannya di Indonesia.


Menerusi video yang dikongsikan di Youtube, Tya atau Nurtria Wulandari Arifin, 30, akui sangat teruja menyambut hari raya pertama di kampung halamannya bersama keluarga tercinta selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/17/084116usc4mqqa11q555am.png



"Tahun ini sangat istimewa kerana pertama kali saya sambut hari raya pertama di Indonesia selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga."


Menjelaskan perkara itu, Tya memberitahu bahawa sebelum ini dia ada pulang menyambut hari raya Aidilfitri di Indonesia tetapi bukan pada hari raya pertama sebaliknya pada Syawal ketiga atau keempat.


Dalam pada itu, Tya sempat berkongsi beberapa perbezaan sambutan hari raya Aidilfitri di Malaysia dan Indonesia.


"Takbir raya di Jakarta, Indonesia berlaku sepanjang malam sehingga 2 hingga 3 pagi. Itu satu perbezaan. Di Malaysia mungkin sehingga jam 11 malam sahaja.


"Kalau beraya di Indonesia jangan terkejut tengok orang ramai berdiri di luar rumah kerana mereka bergambar di situ."


Sementara itu menjawab pertanyaan netizen yang rata-ratanya kasihan melihat Tya yang sudah lama tidak pulang beraya di Indonesia, isteri kepada usahawan Asyraf Khalid memberitahu bahawa dia tidak meletakkan sebarang harapan kerana faham tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.


"Ramai yang kasihannya Tya sebab tak balik beraya tapi bagi saya, beraya di mana pun sama sahaja. Selepas berkahwin pun, saya tahu keutamaan dan tanggungjawab saya adalah kepada suami.


"Saya pun tidak menaruh harapan untuk selang seli balik beraya.Tapi kalau dapat kesempatan beraya di Indonesia, mestilah saya gembira."


Yj5XN1bytvc?si=yKKfXbe6meg_CQCD


Sumber: Youtube The Tya’s Family/OhBulan

Kurex Publish time 17-4-2024 08:50 AM

Sian sitot kena menanggung bewak gemuk.. dkalau dah dapat biduanita nanti, tetap kena keje keras utk kelangsungan hidup bewak2

Shayang Publish time 17-4-2024 08:57 AM

Teruknya suami, hampir 10 tahun kawen baru pestime bini balik beraya raya pertama ngn keluarga.

Esok2 ank pompuan hang laki dia wat gitu baru tauu rasa
Mmg la kena ikut suami tp suami yg baik dia reti nk bertolak ansur sedar bini pun masih ada mak pak.
Makcik aku anak2 dia pompuan je semua tp syukur dapat menantu lelaki yg baik dan bertimbang rasa. Dahla macik aku tu ibu tunggal kalau semua ank beraya ngn mertua, sorang diri jela dia beraya.

esbok Publish time 17-4-2024 10:17 AM

hu mak aih 9 tahun.

KamikuP Publish time 17-4-2024 10:35 AM

Gumuk takde bajet ke nak pulang mudik ke indon sana tu Tya?

pembacagosip Publish time 17-4-2024 11:23 AM

laki x nak balik raya indon kut
tu 9 tahun kahwin baru pestime balik
family tia ni mcm marhaen je kan
tia pun x la letopan papan atas pun masa dulu kan

talapia Publish time 17-4-2024 11:29 AM

tya bini yg taat.. si lakinya amik kesempatan.
9 tahun kot.. kau tak kenal istilah bergilir ke? memangla tiap tahun dia balik jugak Indo tapi raya ke 3 or ke 4..

aku pon bergilir turn raya pertama. Tahun ni raya pertama ni kampung aku.. raya ke 3 ke kampung suami.. tahun depan.. raya pertama pulak dia kampung suami.. raya ke 3 di kampung aku..

kita nk vibe raya pertama tu.. raya pertama tu patut selang seli. Kalau mana2 kampung yg jauh2 tu.. memang setahun sekali balik.. gilir2 la jugak .. macamla si bini ni takde kampung.. takde mak pak.. takde sedara mara.. tak baik tau..

aku ada dengar pendapat my senior.. dia kata bila dah kawin.. si isteri kena ikut suami.. raya pon ikut suami.. senang je jadi suami eh.. tak perlu pikir kan mertua. Tak tau ke mertua tu takkan putus hubungannya.. tak batal wudhu nya? Sebab apa agaknya? antaranya sebab level dia dah macam parents sendiri.. so camne kau treat ur parents.. camtu la sepatutnya kau treat ur inlaws. ngerti?

Manusiabesa Publish time 17-4-2024 12:01 PM

Xcomel anak2 dia. Compare anak IA mmg jauh.

Manusiabesa Publish time 17-4-2024 12:05 PM

Kesian pulak aku baru baca text apa yg tya kata. Kiranya dia mkn hati jugak la dalam redha2 dia pun. Sedih kan. Wanita sama wanita je yg paham. Taat tu mudah sebut tp perit nk laksanakan. Mula2 aku pkir dia yg xsuka balik indon sbb dduk sini dlm banglo mewah lifestyle t20. Mgkin ada trauma zmn dedulu kt indon buat dia serik nk balik..smpai xbalik pun xpa... ramai je yg bawa diri menjauh dri kg halaman kerana bad experience... tp bila dia cakap " klu dpt balik pasti sy gembira " so kira dia ok je dgn femili kt sana.

Nth la. Ni akibat menikah dgn psgn lain negara. Ada risiko utk jarang dpt balik

personified Publish time 17-4-2024 12:18 PM

Edited by personified at 17-4-2024 12:26 PM

Dorang ni dah x tinggal dekat rumah banglo tu ke? Nampak macam dah pindah tinggal kondo kalau tengok dekat video bukak puasa bulan lepas. Bangunan Wisma Mutyara pun dah xde rasanya. Xkan bisnes x bagus huhu

ChiciLala Publish time 17-4-2024 12:25 PM

Diorg blk je raya indon tp bkn on first raya la mcm thn ni. Kdg2 fmly dia dtg kl. Mcm thn lps fmly dia dtg beraya kt kl

doubleA Publish time 17-4-2024 12:32 PM

Like father like son :lol: mungkin serap gundu ni ackward berkurung je dalam bilik kurang bercampur dgn family belah bini marhaen nya macam tok kertu di lipis. So raya fefeeling orang have-have ialah di KL dan di banglo keramat bapak dan mak tiri.

Iols pun rasa best raya kt indo dah la makanan sedap2

tipah89 Publish time 17-4-2024 01:01 PM

aku still rasa kejam laki yg xnak bawak bini beraya uma mak pak ni, xkira la dalam or luar negara. bini2 korang tu bukan lahir dari buluh betung ye, dia pun ada mak pak yg jaga depa baik2 sampai jadik lawa bedebom sebab tu hang pun sangkut menggelupur sangap nak berbinikan depa... kasi adil la gilir2, yg pompuan pun bodoh nau taat tak tentu hala mcm mak pak kau tu bukan manusia, pintu syurga bukan semata dekat suami la bahlol. sbb tu laki amek kesempatan.

nanasno Publish time 18-4-2024 02:54 PM

entah la. iols memang tiap tahun first raya belah suami dulu. iols yang tetapkan begitu sebab raya second terus iols balik kampung iols dok lama2 kat kampung iols. lagi syiok. tapi masing2 la kan. kalo dia ok, ok la. bukan tak balik kampung terus. cumanya kampung sheols jauh la kena naik flight. kampung iols balik 2 jam jahh naik kereta dari kl kihkihh

drivethru Publish time 18-4-2024 03:27 PM

Aku pernah 2x beraya di indon. Sambutan malam raya di indo mmg sangat meriah. Cuma kedai2 makan, kedai2 baju mmg tutup lama.

supernaturalee Publish time 18-4-2024 03:43 PM

seriously?
anak2 kecik org tu pun dpt komen


Pages: [1]
View full version: Tya Arifin Kongsi Perbezaan Sambutan Raya Di Malaysia & Indonesia


ADVERTISEMENT