CARI-HBZ Publish time 17-4-2024 08:26 AM

‘Yang Penting Niat Dia Nak Bagi, Tak Kisahlah Berapa Banyak Dalam Tu’ – Michael Ang

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/17/082608zcj225vrv26jgjhv.png





Baru-baru ini, isu tentang duit raya mendapat perhatian di media sosial berikutan ada ibu bapa yang memperlekehkan jumlah wang yang diberi sangat sedikit.


Isu tersebut mendapat perhatian pengarah terkenal, Michael Ang yang meluahkan pendapatnya menerusi satu hantaran di Instagram (IG).


Michael berkongsi tentang zaman kanak-kanaknya dan didikan ibu tentang adab menerima ang pow.


"Saja nak bercerita la zaman kita budak-budak. Ibu saya selalu cakap, jangan berani buka ang pow yang siapa-siapa bagi di depan mereka. Nak buka bila sampai rumah.


"Kalau tak mak saya akan lepuk atau cubit dekat situ juga."


Sementara itu, Michael sempat mengimbas kembali kenangan bersama neneknya yang diingati sehingga hari ini.


"Seingat saya, saya pernah terima serendah 80 sen hingga 5k zaman kanak-kanak. Tapi yang 80 sen tu yang paling best sebab itu daripada nenek saya. 80 sen tu tak berubah daripada kecil sampailah 20 tahun, apabila dia meninggal dunia.


"Saya rindu ang pow 80 sen, sebab dia berbunyi kling!kling!"


Dalam masa yang sama, pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu menitipkan nasihat agar setiap individu menerapkan rasa syukur dengan pemberian orang lain.


"Guys, duit raya atau ang pow kalau orang bagi kita, kita ambil. Kalau orang tak bagi jangan minta.


"Yang penting niat dia nak bagi, tak kisah la berapa banyak dalam tu."


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Michael malah mereka lebih suka dengan didikan ibu bapa pada zaman dahulu kerana bersikap tegas.


Sumber: IG Michael Ang/OhBulan

Supersirap Publish time 17-4-2024 08:33 AM

Setuju sangat

Thunderclouds Publish time 17-4-2024 09:06 AM

Tiap kali raya pon dok up isu jumlah duit raya.
Actually aku xpenah bkk tgk pn dlm sampul tu pas dpt.
Kumpul² sampai abeh raya br kira.
Kengkadang yg gumpal² rm2 xboh sampul pn ada mcm afterthought gituh. Nk bg byk, tp xbrapa nk hada duit, tp decide nk jugak huluq duit raya serba sikit.
Non issue lah.
Rumahtgga xbahgia gamaknya depa nih.

KamikuP Publish time 17-4-2024 09:18 AM

mEOLLS masih bagi RM2.00 yaach kat budak2 yg dtg beraya.. kecuali anak sedara meolls bagi lebih sikit..
Dah habis bulan syawal baru meolls bukak sampul raya anak2.. campur semua pastu bahagi 5 pastu meolls ambik singgit2 utk duit belanjha sekolah tapi meolls ganti balik yaachh.. ekekeke

dubuk Publish time 17-4-2024 09:35 AM

bodoh kemaruk duit orang

eely_shana Publish time 18-4-2024 12:06 AM

Berapa hengget sekalipun org bagi terima je lah n bersyukur.
Pages: [1]
View full version: ‘Yang Penting Niat Dia Nak Bagi, Tak Kisahlah Berapa Banyak Dalam Tu’ – Michael Ang


ADVERTISEMENT