maklukpenggoda Publish time 17-4-2024 07:24 AM

Israel tangguh serang Rafah

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memutuskan untuk menangguhkan serangan darat ke atas bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza, berikutan serangan balas oleh Iran yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap Israel, lapor stesen penyiaran awam negara itu.
Israel melancarkan serangan ketenteraan di Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan pada 7 Oktober lalu yang diketuai Hamas, yang mana hampir 1,200 orang terbunuh.
Lebih 33,700 rakyat Palestin, kebanyakannya golongan wanita dan kanak-kanak terbunuh di Gaza, selain kemusnahan besar-besaran dan situasi kebuluran.
Mendakwa ia sebagai 'kubu terakhir Hamas', Netanyahu berkeras mahu menyerang Rafah, di mana kira-kira 1.4 juta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berlindung daripada serangan yang berterusan.
"Hari ini saya menerima laporan terperinci mengenai rundingan di Kaherah, kami sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat kami, pertama sekali pembebasan semua tebusan kami dan mencapai kemenangan sepenuhnya ke atas Hamas.
"Kemenangan ini memerlukan kemasukan ke Rafah dan penghapusan batalion Hamas di sana. Ia akan berlaku, ada tarikhnya," kata Netanyahu.
Menurut stesen penyiaran awam itu, penangguhan operasi darat diputuskan selepas berunding dengan rangkaian keselamatan Israel.
Terdahulu, pada Ahad, Menteri Kewangan, Avigdor Smotrich membuat gesaan untuk menceroboh Rafah dan mengenakan kawalan ke atas seluruh Semenanjung Gaza.Penangguhan itu dibuat selepas Iran melancarkan kira-kira 300 peluru berpandu dan dron ke arah Israel pada lewat petang Sabtu.
Tel Aviv mendakwa sudah memintas sebahagian besar daripadanya.
Serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini itu adalah sebagai tindak balas kepada serangan peluru berpandu pada 1 April lalu yang menyasarkan bahagian konsulat kedutaan Iran di Damsyik, yang membunuh beberapa komander tentera Iran.​​ - AGENSI
Pages: [1]
View full version: Israel tangguh serang Rafah


ADVERTISEMENT