maklukpenggoda Publish time 16-4-2024 11:34 PM

'Dunia sedang memerhati kita', ahli politik berpikiran sempit ditegur

Edited by maklukpenggoda at 19-4-2024 08:53 AM

Malaysia akan mundur jika kerajaan tidak melakukan apa-apa tindakan konkrit dilakukan untuk membendung isu-isu perpecahan yang diwujudkan dan diburukkan lagi atas tujuan politik peribadi, kata Rafidah Aziz.
Kegagalan pihak berkuasa bertindak juga akan memberi gambaran seolah-olah pemimpin Malaysia lemah dan boleh diugut, kata bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu.
“Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara tanpa kemudi, dipengaruhi oleh Napoleon kecil yang berfikiran sempit, yang memberi gambaran bahawa mereka seolah-olah menguasai (hold to ransom) pemimpin dalam kerajaan campuran.
“Dunia sedang memerhati kita,” tambahnya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini. Rafidah juga berkata tidak dinafikan sebahagian besar rakyat Malaysia berhasrat serta berusaha untuk hidup dalam persekitaran yang aman, muhibah dan harmoni.
“Tetapi, dari semasa ke semasa, didorong oleh ego yang melambung tinggi dan terang-terangan mendabik dada menunjukkan kuasa dan kepentingan yang diandaikan itu, maka ada pihak yang bertindak tanpa mengambil kira akibat negatif, terutamanya perpecahan dalam masyarakat.
"Ia seperti menabur pasir ke dalam periuk nasi orang lain," tambahnya.
‘Lawan api lalang’

Justeru, Rafidah berharap kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan mengambil langkah tegas untuk menangani tindakan sedemikian.
Dia juga menyifatkan tindakan memecahbelahkan masyarakat ini sebagai batu penghalang kepada perpaduan nasional, yang mengalihkan perhatian dan pembinaan negara kepada usaha "melawan api lalang."
“Kita dan kerajaan tidak boleh terus-menerus tertekan dan terganggu dengan isu-isu tidak perlu yang dicipta ini, dan sengaja disemarakkan oleh orang yang mempunyai objektif politik peribadi mereka sendiri tetapi dengan mengorbankan rakyat dan negara,” tambahnya.
Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Manivanan Gowin mencadangkan 10 prosedur operasi standard (SOP) untuk diguna pakai polis bagi menangani jenayah berkaitan kaum, agama dan raja-raja (3R).
Dia juga berkata polis perlu memulakan siasatan walaupun tiada laporan polis.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Saifudin Nasution Ismail mempertahankan kenyataan polis bahawa 'tiada tindakan jika tiada laporan dibuat'.
Saifuddin menjawab gesaan supaya polis menyiasat Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh kerana didakwa menghasut ucapan perkauman ketika memaparkan gambarnya menghunus (pedang Jepun) "katana" yang dimuat naik di halaman Facebooknya.
Terdahulu, ketua polis negara berkata siasatan tidak boleh dimulakan sekiranya tiada laporan difailkan.
Kenyataannya itu mendapat kritikan daripada beberapa pihak, dengan NGO Lawyers for Liberty menyelarnya sebagai pihak berkuasa melakukan pendakwaan terpilih.
https://www.malaysiakini.com/news/702548

maklukpenggoda Publish time 17-4-2024 12:21 AM


yMvNwVYM0kE

sharlenetexas Publish time 16-4-2024 11:38 PM

Baca tajuk ingatkan doc pidah.


B40tastePosh Publish time 17-4-2024 02:29 AM

Dia ni releven lagi ke?

Pakai baju kurung tapi rambut tak reti kurung

pengecatbintang Publish time 17-4-2024 02:38 AM

Edited by pengecatbintang at 17-4-2024 02:39 AM

bukan setakat politicians jer pangai buruk n huduh cam ni..

porumer CI pong samo

batu api, hasut, suka pecah belah, putaq, menipu, fitnah

jahat nate beghuk

agaknya mak pak x bace doa makan masa main utk hasilkan nate beghuk ni

   

manop Publish time 17-4-2024 08:14 AM

B40tastePosh replied at 17-4-2024 02:29 AM
Dia ni releven lagi ke?

Pakai baju kurung tapi rambut tak reti kurung

Stop telling people what to do.Yg rambut kurung pun perangai cam…mmmm

Kahkahkah

FOTHER-MUCKER Publish time 17-4-2024 08:50 AM

Nak harapkan siapa pihak berkuasa pun +- childish

supernaturalee Publish time 17-4-2024 09:41 AM

ibaratnya skrg you're on your own la kid



epullipan Publish time 17-4-2024 09:45 AM

aduh nenek ni...sibuk gak nak bercakap

B40tastePosh Publish time 17-4-2024 12:50 PM

manop replied at 17-4-2024 08:14 AM
Stop telling people what to do.Yg rambut kurung pun perangai cam…mmmm

Kahkahkah

Kalau Rafidah kurung rambut mesti jadi Nenek Comel..sbb muka dia macam baby face kan:laugh3::$

nusaraya Publish time 17-4-2024 02:30 PM

Aneh betol fenomena yang terjadi di Malaysia .... Maling Teriak Maling ...


Bukankah kekacauan dan kegaduhan yang terjadi selama ini jiuga dibuatoleh pemimpin UMNO ketika mereka berkuasa dahulu ....

Meeka bahkan dengan sengaja membuat bermacam-macm propganda dan dongeng-dongeng yang membodohkan dan menina-bobokan banga melayuuntok terus menyokong UMNO agar terus berkuasa ...

Sayangnya Rafidah Azin X sedarbahwa siapa yang berbuat .. maka diaah yang harus bertanggng jawab ataskekacauan perkauman etc etc di Malaysia hari ini ...Hehehehe

B40tastePosh Publish time 18-4-2024 08:27 AM

nusaraya replied at 17-4-2024 02:30 PM
Aneh betol fenomena yang terjadi di Malaysia .... Maling Teriak Maling ...




Bagus bagus follow politik Malaysia:lol:

Decaffeinated Publish time 18-4-2024 12:12 PM

Satu ketika dahulu bangnon dilihat sebagai pemimpin yang boleh memperbaharui Malaysia namun apakan daya, dia naik takhta pun atas dasar kompromi, bila2 masa boleh tergolek.

Yang menunggu untuk menyepak terajang sedang standby di kiri kanan depan belakang.

Sudah begitu nasib mu Malaysia. Harap2 kaum pendatang akan continue fokus buat duit ja lah (forget politics) and keep the money here. At least kaum ketuanan boleh kembang hidung bangga negara nampak maju walau pun kekayaan bukan dia yang punya.

kemaruk Publish time 18-4-2024 12:55 PM

Demi Allah, setiap inci tanah tentera diswastakan, kata Rafidah

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/09/demi-allah-setiap-inci-tanah-tentera-diswastakan-kata-rafidah/

kemaruk Publish time 18-4-2024 12:56 PM

nusaraya replied at 17-4-2024 02:30 PM
Aneh betol fenomena yang terjadi di Malaysia .... Maling Teriak Maling ...




pakai jela nick asal ko tu

sharlenetexas Publish time 18-4-2024 01:13 PM

B40tastePosh replied at 17-4-2024 02:29 AM
Dia ni releven lagi ke?

Pakai baju kurung tapi rambut tak reti kurung

Rajin sheols dye rambut.
At least rambut x blow kembang mcm kakmah.


kakikuDibibirmu Publish time 18-4-2024 01:16 PM

sharlenetexas replied at 18-4-2024 01:13 PM
Rajin sheols dye rambut.
At least rambut x blow kembang mcm kakmah.

Yang paling pelik tu, Siti Hasmah langsung tak ada seurat uban pun:laugh3:

Orix Publish time 18-4-2024 02:20 PM

sheols ni lg elok jadi PM jah berbanding pak lah ganti atok lepas atok letak jawatan... tp biasalah ummah meleis tak ready utk ber-PM-kan seorang wanita...

sharlenetexas Publish time 18-4-2024 07:44 PM

Orix replied at 18-4-2024 02:20 PM
sheols ni lg elok jadi PM jah berbanding pak lah ganti atok lepas atok letak jawatan... tp biasalah...

Bangladesh dari dulu PM wanita.


Dwdrum Publish time 19-4-2024 08:43 AM

sharlenetexas replied at 18-4-2024 03:44 AM
Bangladesh dari dulu PM wanita.

Benazir bhutto... Negara yang di anggap miskin and taliban pun mampo ada PMs wanita....
Pages: [1]
View full version: 'Dunia sedang memerhati kita', ahli politik berpikiran sempit ditegur


ADVERTISEMENT