maklukpenggoda Publish time 16-4-2024 09:59 PM

Terlalu ramai, 'Fashion Show Janda Muda' dibatalkan

Edited by maklukpenggoda at 16-4-2024 10:58 PM

TEMERLOH – Penganjur Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Temerloh yang dijadualkan pada 21 April ini membatalkan program berkenaan pada saat akhir selepas ia tular dalam media sosial.
Penganjur dikenali Mama Zana berkata, program berkenaan dibatalkan pada saat akhir bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini selepas mendapat sambutan luar biasa dari seluruh negara.
Menurutnya pada masa ini dia tidak putus menerima panggilan telefon dari pelbagai pihak yang bertanyakan mengenai program itu.
Katanya, pihaknya juga telah menerima permohonan penyertaan daripada ibu tunggal yang berminat menyertai program itu.
“Saya menerima panggilan daripada pelbagai pihak di seluruh negara yang bertanyakan perkara ini dan ada yang mahukan pegesahan kerana mereka mahu bersedia seperti untuk menempah homestay.
“Jadi saya memang tidak mampu mengendalikan program ini sekiranya terlalu banyak penyertaan dan kehadiran terlalu ramai orang,”katanya.
Dalam pada itu Mama Zana berkata, pihaknya tidak pernah mempromosikan program itu di media sosial.
“Saya tidak meviralkan perkara ini kerana ia hanyalah program kecil untuk kumpulan kami sahaja, tetapi ada individu lain yang menularkannya di dalam pelbagai media sosial.
“Ia sebenarnya hanyalah sambutan hari raya Aidilfitri yang diselitkan dengan program berkenaan,”katanya di sini hari ini.
Menerusi poster yang tular di media sosial memaparkan acara tersebut dijadual diadakan pada Ahad depan di Taman Tasik Chatin Mentakab di sini.
Penyertaan pertandingan itu dibuka kepada wanita berusia 20 tahun ke atas secara percuma dan walk-in.
Jamuan raya turut disediakan manakala keputusan oleh juri adalah muktamad dan hadiah ditaja oleh Mama Zana dan Uncle John. – KOSMO! ONLINE

airfilterkotor Publish time 16-4-2024 10:06 PM

Asal janda jer mesti 9 mlm 10 mlm.
Apsal tak 2 ptg kaa... 10 pagi kaa... ari ahad kann?
Ada masalah? :lol:

sharlenetexas Publish time 16-4-2024 10:09 PM

Duda takde?


Ahriman Publish time 16-4-2024 10:28 PM

Eww..buat malu orng temerloh je.:lol:

nw111 Publish time 16-4-2024 10:55 PM

Bangga ek jadi janda...

laqoyah Publish time 17-4-2024 09:18 AM

Ahriman replied at 16-4-2024 10:28 PM
Eww..buat malu orng temerloh je.

Kannnn.... :(

epullipan Publish time 17-4-2024 09:22 AM

huhu program promote janda ni..nak soh lelaki tgk dan pilih untuk dijadikan isteri pertama, kedua dan seterusnya:lol:

SedihPedih Publish time 17-4-2024 09:23 AM

xde idea lain kah?

eragon Publish time 17-4-2024 09:26 AM

Dah ko letak peyertaan percuma dan 20 tahun ke atas, seluruh negara pula tu. memang la ramai. kalau nak limitkan, kenakan entry fees la, letak age 40 ke atas dan limit to pahang or temerloh sahaja.
hahaha....

chandrahusin Publish time 17-4-2024 09:29 AM

kenapa tak buat pertandingan janda2 mengaji
mesti tak ramai nak join

cantthinkofany Publish time 17-4-2024 09:31 AM

dah mcm it is satu privilege to be janda....

arwah mak aku janda for the longest time before she passed away...but towards the end...even though anak2 ada sekeliling dia...cucu2...marhaban bersama kengkawan....mengopi bersama saudara mara...can still the loneliness of not having her own sparring partner...

ninja boy Publish time 17-4-2024 12:13 PM

Wanita2 dikawini utk diceraikan

kemaruk Publish time 17-4-2024 12:23 PM

bila umur dah mula meningkat nih, nafsu terhadap janda makin membuak buak

dulu pandang yang muda bergetah je

newyork Publish time 17-4-2024 12:24 PM

Gila..ahahahha..ingat zaman pramlee dulu2 ka..sapa punya idea lah ni {:8_651:}

otai_g Publish time 17-4-2024 12:26 PM

Uncle John. Pemenang akan dpt roti JohnDr uncle John sekali ke mcm mn ni?

lightheaded67 Publish time 17-4-2024 01:08 PM

chandrahusin replied at 17-4-2024 09:29 AM
kenapa tak buat pertandingan janda2 mengaji
mesti tak ramai nak join

:lol: :lol: tu la kan. tp rasanya deme ni nk melaram sesama wanita aje ni, katanya kecil.kecilan kan memula. tp sbb dh viral, jd lain gamaknye

nusaraya Publish time 17-4-2024 01:37 PM

airfilterkotor replied at 16-4-2024 10:06 PM
Asal janda jer mesti 9 mlm 10 mlm.
Apsal tak 2 ptg kaa... 10 pagi kaa... ari ahad kann?
Ada masalah? ...

Apa salahnya mejadi janda di Malaysia ?

Bukankah mereka juga ingin dihargai sebagai manusia dengan menunjukkan eksistensi keberadaan mereka dengan mengadakan fashion show itu ... Hehehehe

prettyuglybabe Publish time 17-4-2024 01:53 PM

kaum sendiri downgrade harga diri wanita..
sebab tu la ramai pompuan sanggup menderita asal berlaki dari jadi janda..

justchu Publish time 17-4-2024 02:11 PM

tu dia
aku ingat ramai penonton
rupanya ramai janda ya

yampon temerloh saja dah ramai

SWORKS27 Publish time 17-4-2024 02:16 PM

janda dulu berbeza dgn janda skrg
Pages: [1] 2 3
View full version: Terlalu ramai, 'Fashion Show Janda Muda' dibatalkan


ADVERTISEMENT