mattzzx Publish time 16-4-2024 05:22 PM

Pusat pelancongan berbukit di Perak boleh beroperasi

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/saarani-ladang-solar.jpeg
SAARANI (tiga dari kanan, depan) bersama barisan pentadbiran negeri bergambar di ladang solar Asiabina Solar di Parit Buntar hari ini.

PARIT BUNTAR – Perak masih membenarkan pusat pelancongan di kawasan berbukit yang lain untuk beroperasi, namun dengan keperluan kawalan keselamatan yang tinggi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika ditanya mengenai isu tersebut di sini hari ini.

“Beroperasi dengan penuh berhati-hati,” katanya ringkas kepada pemberita di sini.

Ia susulan kes seorang pemandu pelancong maut selepas ditimpa bongkah batu yang jatuh dari atas bukit di kawasan pelancongan di Taman Saikat, Gunung Rapat, di Ipoh pada 8 April lalu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, mesyuarat juga telah diadakan semalam yang turut membincangkan perkara tersebut.

“Hasil daripada mesyuarat dan siasatan akan dibawa dan dibincangkan dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk mendapatkan syor dan keputusan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04/16/pusat-pelancongan-berbukit-di-perak-boleh-beroperasi/
Pages: [1]
View full version: Pusat pelancongan berbukit di Perak boleh beroperasi


ADVERTISEMENT