mattzzx Publish time 16-4-2024 04:57 PM

Lelaki Bangladesh didakwa bunuh rakan kerja senegara

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm291bangla_1713255046.jpg
Ashraful Mia didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh rakan sekerja senegara, di sini, hari ini. FOTO Bernama

Bentong: Lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekerja senegara, yang mayatnya ditemukan dalam plastik hitam di sebuah tapak pembinaan di Genting Highlands, bulan lalu.

Ashraful Mia, 34, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh Nazrul Molla, 44, di sebuah tapak pembinaan di Genting Highlands, antara 3 petang 31 Mac hingga 8.30 pagi, 1 April lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati hendaklah dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Nadhratun Naiem Zainan menetapkan 15 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan forensik dan kimia.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1080547/lelaki-bangladesh-didakwa-bunuh-rakan-kerja-senegara
Pages: [1]
View full version: Lelaki Bangladesh didakwa bunuh rakan kerja senegara


ADVERTISEMENT