mattzzx Publish time 16-4-2024 04:51 PM

7 maut kemalangan di Terengganu semasa musim Aidilfitri

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/maut-musim-raya-aidilfitri.jpeg
Mazli (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas Afandi (kanan) sebagai Ketua JSPT Terengganu di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak tujuh kemalangan maut yang mengorbankan tujuh individu sepanjang musim perayaan Aidilfitri dari 8 April hingga Sabtu lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, ia berkurangan daripada sembilan kemalangan maut yang dilaporkan pada tempoh sama pada tahun lalu.

“Sebanyak 359 kemalangan di Terengganu dilaporkan sepanjang pelaksanaan Op Selamat dari 8 hingga 13 April lalu.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 9,052 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang baharu.

Bekas Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Afandi Hussin dilantik JSPT negeri yang baharu, manakala Asisten Komisioner Polis, Dr. Rohan Shah Ahmad yang sebelum ini Ketua Polis Daerah Lahad Datu pula sebagai Ketua JPJKK Terengganu.

Mazli berkata, antara kesalahan yang sering dikesan sepanjang Op Selamat ialah memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju dibenarkan.

Tambah beliau, kesemua kompaun kesalahan trafik itu melibatkan amaun keseluruhan RM20,000. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/16/7-maut-kemalangan-di-terengganu-semasa-musim-aidilfitri/
Pages: [1]
View full version: 7 maut kemalangan di Terengganu semasa musim Aidilfitri


ADVERTISEMENT