mattzzx Publish time 16-4-2024 04:50 PM

Lebuh Raya KL-Karak, LPT akhirnya lancar pada raya ketujuh

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/aliran-trafik-lebuh-raya.jpeg
Aliran trafik di laluan Genting Sempah lancar pada hari raya ketujuh hari ini. - Foto LAMAN RASMI LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA

PETALING JAYA – Selepas seminggu umat Islam seluruh negara menyambut Hari Raya Aidilfitri, akhirnya dua buah lebuh raya yang menjadi tumpuan utama para perantau kembali lengang pada hari raya ketujuh hari ini.

Semakan Kosmo! di Facebook Lebuhraya Pantai Timur mendapati trafik lancar di kedua-dua arah melibatkan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak serta Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1 dan LPT2).

Terdahulu, sejak dua hari lepas dua lebuh raya utama terbabit dilaporkan sesak susulan perantau mula bergerak pulang menuju ke ibu negara selepas tamatnya cuti Aidilfitri.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, ramai pengguna berkongsi pengalaman apabila terpaksa berdepan dengan kesesakan luar biasa pada hujung minggu lalu sehingga ada yang merekodkan perjalanan lebih 18 jam dari Terengganu ke Kuala Lumpur.

“Menyesal balik Ahad, perjalanan dari Besut, Terengganu nak balik Cheras ‘makan masa’ 20 jam. Kebas satu badan duduk lama dalam kereta. Kalau tahu balik semalam atau hari ini sebab jalan dah lancar. Tapi tulah, anak nak masuk asrama, kalau tidak, bapaknya dah ambil MC (cuti sakit) sebab nak lewat balik KL,” seloroh Ahmad Naim.

“Seronoknya .. gerak pagi tadi lepas Subuh dari Kota Bahru, Kelantan sampai KL enam jam sahaja. Jalan lancar. Rancanglah perjalanan balik anda dengan bijak macam saya,” kongsi Fathmirul.

“Kalau tak lancar lagi hari ini, tak tahu lah…berapa banyak nak cuti raya,” seloroh Hazz Seeme. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/16/lebuh-raya-kl-karak-lpt-akhirnya-lancar-pada-raya-ketujuh/
Pages: [1]
View full version: Lebuh Raya KL-Karak, LPT akhirnya lancar pada raya ketujuh


ADVERTISEMENT