mattzzx Publish time 16-4-2024 04:49 PM

Cuaca panas, JKN digesa utamakan permohonan kipas

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/kipas-JKN-cuaca-panas.jpeg
Lapan unit kipas yang telah diberi kepada Klinik Kesihatan KK Kuala Kedah, semalam.

PETALING JAYA – Pengarah-pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) digesa supaya memberi keutamaan terhadap permohonan aset kipas oleh semua klinik seliaan masing-masing.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ia perlu diberi perhatian terutamanya dalam mendepani cuaca panas, ketika ini.

“Alhamdulillah, lapan unit kipas telah pun diterima Dr. Fazlin, FMS Klinik Kesihatan (KK) Kuala Kedah, hari ini. Terima kasih JKN Kedah,” katanya menerusi ciapan di X, semalam.

Dzulkefly berkata demikian sebagai respons kepada ciapan X Fatimah Awang yang meminta supaya beliau melawat klinik berkenaan berikutan dikatakan daif selain kipas-kipas yang sudah ‘uzur’.

Selain itu, beliau turut memaklumkan penilaian kos pendawaian semula KK Kuala Kedah telah dilakukan Bahagian Kejuruteraan JKN Kedah iaitu sebanyak RM250,000.

“Akan dikemuka sekali permohonan kepada Bahagian Kewangan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (IPKKM).

“Info keperluan penggantian kipas dan pendingin hawa sedang dikumpul untuk fasiliti-fasiliti kesihatan awam di Kedah untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/16/cuaca-panas-jkn-digesa-utamakan-permohonan-kipas/
Pages: [1]
View full version: Cuaca panas, JKN digesa utamakan permohonan kipas


ADVERTISEMENT