EJALTI Publish time 16-4-2024 10:54 AM

Dinding buluh terkopak, terpelanting dilibas gajah

Dinding buluh terkopak, terpelanting dilibas gajah

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ting-dilibas-gajah/

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
16 April 2024, 10:37 am

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/gajah-rumah-orang-asli-Sungai-Setiq-Ulu-Jelai-Lipis.jpeg
SEBUAH rumah Orang Asli terkopak dinding buluh apabila ditolak dan dilibas gajah liar berdekatan Sungai Setiq, Ulu Jelai, Lipis.

LIPIS – Penduduk Orang Asli di Ulu Jelai di sini gempar apabila kawasan rumah mereka pinggir hutan dicerobohi seekor gajah liar berdekatan Sungai Setiq, Ulu Jelai di sini awal pagi ini.

Seorang penduduk Orang Asli, Norfini Ajik, 48, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika semua penghuni sedang nyenyak tidur.

Katanya, dia yang baru hendak memejamkan mata terkejut apabila terdengar bunyi ranting kayu patah dipijak dan dahan serta pokok seperti ditarik dan dipulas.

“Mendengar bunyi yang semakin kuat, saya terus mengintai di celah dinding buluh dalam samar cahaya bulan, dan nyata sangkaan saya tepat dapat melihat seekor gajah liar sedang mematahkan batang pisang dan pokok lain berdekatan rumah.

“Melihat gajah liar berkenaan, saya mula bimbang sekiranya haiwan ini menghampiri rumah kayu dan buluh ini,” katanya di Kampung Setiq, Ulu Jelai di sini hari ini.

Menurut Norfini, kebimbangannya memang berlaku apabila gajah liar itu terus menghampiri rumah lalu menggesel badan sambil melibaskan belalainya sehingga terkopak dinding buluh.

“Perbuatan haiwan liar itu menyebabkan kediaman kami bergoyang dan mengejutkan empat orang ahli keluarga daripada tidur dan bergegas bangkit dalam keadaan ketakutan.

“Mujurlah anak-anak yang bangun dan terkejut dari tidur tidakmenjerit atau menyalakan lampu suluh. Sekiranya api dinyalakan atau berbuat bising seperti suara manusia kemungkinan gajah ini bertukar agresif,” katanya.

Tambahnya, selepas hampir 30 minit gajah liar berkeliaran berada berdekatan rumahnya, haiwan itu kemudian terus masuk semula ke dalam hutan.

Sementara itu rakannya dikenali sebagai Norli Mar,30, berkata kejadian gajah liar masuk ke kampung sekitar kawasan Ulu Jelai sememangnya kerap berlaku. – KOSMO! ONLINE

supernaturalee Publish time 16-4-2024 12:06 PM

“Mujurlah anak-anak yang bangun dan terkejut dari tidur tidakmenjerit atau menyalakan lampu suluh. Sekiranya api dinyalakan atau berbuat bising seperti suara manusia kemungkinan gajah ini bertukar agresif,” katanya.

udah mcm scene dlm jurassic park: the lost world dan seangkatan

Pages: [1]
View full version: Dinding buluh terkopak, terpelanting dilibas gajah


ADVERTISEMENT