EJALTI Publish time 16-4-2024 10:42 AM

Dolar AS terus mengukuh, ringgit dibuka rendah

Dolar AS terus mengukuh, ringgit dibuka rendah

https://www.bharian.com.my/bisne ... nggit-dibuka-rendah

Oleh BERNAMA - April 16, 2024 @ 10:36am

https://assets.bharian.com.my/images/articles/pegangrm_1713234953.jpg
Ringgit berkemungkinan kekal kurang memberangsangkan berbanding dolar AS hari ini - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari kedua berturut-turut apabila prestasi unit negara maju itu terus mengukuh, didorong oleh data jualan runcit Mac 2024 yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Pada 9.20 pagi ini, nilai ringgit susut kepada 4.7885/7910 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7815 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata data di negara maju itu terus memaparkan pertumbuhan kukuh dengan jualan runcit pada Mac meningkat kepada 0.7 peratus bulan ke bulan yang terbukti mengatasi jangkaan ramai sebanyak 0.4 peratus.

"Berikutan itu, pasaran niaga hadapan tidak meletakkan harapan tinggi terhadap kemungkinan berlakunya pengurangan kadar faedah, sekali gus menunjukkan persepsi kemungkinan kelonggaran monetari tahun ini semakin pudar yang sebaliknya hanya menyuntik sokongan terhadap dolar AS.

"Malah, ini terbukti apabila Indeks Dolar AS (DXY) mencecah 106.209 mata berbanding 100 mata pada akhir 2023. Ringgit berkemungkinan kekal kurang memberangsangkan berbanding dolar AS pada hari ini," katanya kepada Bernama.

Selain itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ini termasuk meningkat berbanding euro kepada 5.0820/0847 daripada 5.0915/0947 semalam, mengukuh sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.1026/1044 daripada 3.1053/1075 semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.9516/9547 daripada 5.9660/9697 sebelumnya.

Ringgit bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN iaitu mengukuh berbanding baht Thailand pada 12.9872/9982 daripada 13.0148/13.0286 semalam.

Unit tempatan itu juga tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.5063/5083 daripada 3.5123/5148 dan naik berbanding peso Filipina pada 8.40/8.41 daripada 8.41/8.42.

Namun, ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 302.1/302.4 daripada 301.4/301.8. sebelum ini.

-BERNAMA

kemaruk Publish time 16-4-2024 12:07 PM

hauknya sis

sendunya thread nih

zaman najib kalu, konfem dah 20 pages termasuk 5-6 meme muka najib dan 2-3 muka ahmad maslan

tungkai Publish time 16-4-2024 12:29 PM

Sekarang ni gomen PMX selalu checkmate bila org guna point2 time jd pembangkakng dulu..:lol:

izwan_izi Publish time 16-4-2024 03:16 PM

Tak lama lagi la tuu nk sampai harga rahmahhh...

Skuau Publish time 16-4-2024 05:35 PM

"tahniah negara Banglasia"--Indon:lol:

Solokkk Publish time 16-4-2024 09:08 PM

Sedagha, dia tak pandai jaga negeri/negara…. begitu la satu ketika dulu bekas banduan bergebang level babi terbang :lol:
Pages: [1]
View full version: Dolar AS terus mengukuh, ringgit dibuka rendah


ADVERTISEMENT