CARI-HBZ Publish time 16-4-2024 09:38 AM

Suspek Kes Tembak KLIA Tiba Di Mahkamah Majistret Kota Bharu

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/16/093804peik5mb1ebs5kkzg.png





KOTA BHARU – Suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Harawi, 38, dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini untuk prosiding reman.


Semalam, lelaki tersebut ditahan di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam, di sini kira-kira pukul 2 petang selepas menjadi buruan selama 37 jam.


Kelmarin, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi semalam di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.


Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.


Sumber : Kosmo

mizruncing Publish time 16-4-2024 10:39 AM

takyah laa blur muka nyaa. dasar menyusahkan org la ko ni :curse:

edayildiz Publish time 16-4-2024 11:14 AM

bodoh betul dia...nk membunuh tp x bijak:lol:
Pages: [1]
View full version: Suspek Kes Tembak KLIA Tiba Di Mahkamah Majistret Kota Bharu


ADVERTISEMENT