FOTHER-MUCKER Publish time 16-4-2024 08:29 AM

Lelaki Pakistan kekal dipenjara 12 tahun rogol budak perempuan dilacur bapa

Edited by FOTHER-MUCKER at 15-4-2024 04:34 PM

Lelaki Pakistan kekal dipenjara 12 tahun rogol budak perempuan dilacur bapa

Oleh Faris Fuad - April 16, 2024 @ 1:17am

faris.fuad@bh.com.my




https://i.postimg.cc/yYg99ypK/IMG-3085.jpg



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Putrajaya yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang lelaki warga Pakistan, selepas menukar pengakuan kepada bersalah merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilacurkan bapa mangsa.
Turut dikekalkan perintah terhadap Yousaf Gul, 39, membabitkan lima sebatan, kaunseling pemulihan ketika menjalani hukuman penjara dan pengawasan polis selama tiga tahun setelah selesai dengan hukuman terbabit.
Pesuruhjaya Kehakiman, Roszianayati Ahmad, berkata tiada keperluan untuk Mahkamah Tinggi mengusik dapatan dan keputusan Mahkamah Sesyen.
"Mahkamah Tinggi meneliti alasan penghakiman Mahkamah Sesyen dalam mempertimbangkan hukuman terhadap perayu (Yousaf) dan Mahkamah Tinggi mendapati ia adalah dalam ruang lingkup prinsip undang-undang penghukuman.
"Mahkamah Sesyen mempertimbangkan semua faktor untuk mencapai kepada suatu hukuman yang setimpal.
"Hukuman dan perintah diberikan bukan suatu yang melampau," katanya dalam alasan penghakiman bertarikh 1 April lalu dimuat naik menerusi sistem pengurusan e-kehakiman.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak berkenaan di sebuah kondominium di Batu 9 Cheras, Hulu Langat, pada November 2018.
Kesalahan mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (2)(d) KK memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Roszianayati berkata, pengakuan salah perayu adalah betul dan selamat.
"Saya juga meneliti nota keterangan yang jelas menunjukkan bahawa tertuduh antara orang yang merogol mangsa.
"Keterangan menunjukkan mangsa dilacurkan oleh bapanya yang juga saksi dalam kes ini."Mangsa mengecam perayu sebagai orang yang merogolnya," katanya.






Decaffeinated Publish time 16-4-2024 08:43 AM

Bapa mangsa warga pakistan juga ka?

Thunderclouds Publish time 16-4-2024 09:15 AM

Bapa mangsa mulayu kaki ketum terpaling boikot hero pertahan kalimah sochi isley kan?

Skuau Publish time 16-4-2024 08:53 PM

Edited by Skuau at 16-4-2024 10:13 PM

"Kesian Abang PAKIS..aritu kena langgar,arini masuk penjara....pula.."-Acik Porom:'(

3chanceno Publish time 16-4-2024 11:00 PM

Pelik kes nie pesalah tak kena deport lepas habis hukuman{:1_515:}bapak budak nie sepatutnya disebat jugak:shakehead3: kesian mangsa trauma seumur hidup:sweat3:

Tak de full news pasal kes nie ke?
Pages: [1]
View full version: Lelaki Pakistan kekal dipenjara 12 tahun rogol budak perempuan dilacur bapa


ADVERTISEMENT