maklukpenggoda Publish time 16-4-2024 01:07 AM

'Gigolo' dalang kes tikam-menikam di pusat membeli belah

Edited by maklukpenggoda at 16-4-2024 02:37 AM

Sydney: Lelaki yang menikam orang ramai di pusat beli-belah Sydney, Sabtu lalu pernah mengiklankan diri sebagai pengiring lelaki dan cuba menyertai kumpulan pemilik senjata.
Maklumat itu didedahkan seiring siasatan terhadap Joel Cauchi, 40, yang ditembak mati selepas menyebabkan kematian enam orang di Westfield Mall di Bondi Junction.
Dia yang berasal dari Queensland dikenali dalam kalangan pihak berkuasa tempatan, namun tidak pernah ditahan sehingga melakukan jenayah itu, kira-kira sebulan selepas berpindah ke bandar ini.
Menerusi hantaran dalam kumpulan Facebook pada Disember 2020, Cauchi menulis, "saya sedang mencari kumpulan individu yang memiliki senjata termasuk pistol untuk berjumpa, berbual dan berkenalan".
Dilaporkan, Cauchi juga mendaftar profil di beberapa laman web pengiring lelaki termasuk Australia Cracker, Empire Esc*rts dan Esc*rts Australia.
Cauchi menggambarkan dirinya dalam satu profil sebagai lelaki tampan berusia 39 tahun berpangkalan di Sydney dan mencari keseronokan.
Dalam maklumat di Facebook, Cauchi mendakwa bekerja sebagai tutor bahasa Inggeris.
Sementara itu, pemilik perniagaan mengasah pisau di Queensland memberitahu Guardian Australia, Cauchi pernah bertanya mengenai perkhidmatan mengasah dua pisau 'harian' kira-kira tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, peniaga itu menyifatkan permintaannya 'pelik' memandangkan Cauchi bukan chef atau pemotong daging.
"Apabila ditanya, jawabnya 'saya buat kerja menggunakan pisau di belakang rumah dan menggunakannya setiap hari'," katanya.
https://www.hmetro.com.my/global/asia/2024/04/1080234/insiden-tikaman-suspek-mahu-sertai-kumpulan-pemilik-senjata


sharlenetexas Publish time 16-4-2024 01:12 AM

Gigolo nak jadi gangster. Last2 mana tau jadi gila.
Gigolo gangster gila.


sharlenetexas Publish time 16-4-2024 01:13 AM

Tapi nmpk rupa elok skit dari anak ikan dato qaida. Mcm tepung gomak bertepek.

Tinot7 Publish time 16-4-2024 06:15 AM

Dah lama mental.. tapi under the radar..

batmana Publish time 16-4-2024 07:45 AM

Nape x pi mesia..jadi influencer..silap2 jadi artis..pstu ramailah berkenan buat menantu
Dari hidup smpai 40 tahun xkawin2.smpai hidup tertekan bagai bunuh org

shamsadis Publish time 16-4-2024 08:14 AM

nasib baik dia tak masuk Malaysia...:lol:

Nurdianah Publish time 16-4-2024 12:16 PM

jual bideo tumbok sambal dlm onlyfans /telegram lagi berbaloi

areyam Publish time 16-4-2024 03:57 PM

Nurdianah replied at 16-4-2024 12:16 PM
jual bideo tumbok sambal dlm onlyfans /telegram lagi berbaloi

sambal nyet khairi?

Ahriman Publish time 16-4-2024 04:54 PM

Sweet but psycho.:lol:

Dovahkiin Publish time 16-4-2024 05:14 PM

Ada kap lam nga tu laju je bukak thread kes stabbing ni, sbb ramai syak warga imigran padang pasir punya keje berdasarkan gambar cctv.

edayildiz Publish time 16-4-2024 05:15 PM

nampak mcm iras muka laki kazen jahlop:lol:

melekaifc Publish time 16-4-2024 05:18 PM

imigran tikam arch bishop kat sydney harini

AverageJoe Publish time 17-4-2024 12:00 AM

could have been worse should Aussie gun laws tak strict macam sekarang
ramai sangat manusia2 psiko sekarang ni
Pages: [1]
View full version: 'Gigolo' dalang kes tikam-menikam di pusat membeli belah


ADVERTISEMENT