maklukpenggoda Publish time 16-4-2024 12:29 AM

Maut ketika menggali telaga

Edited by maklukpenggoda at 16-4-2024 12:31 AM

Pasir Mas: Lelaki maut selepas tertimbus tanah pada kedalaman 6.1 meter (m) ketika menggali telaga di Kampung Gelam Tok Uban, di sini, petang hari ini.
Dalam kejadian 6.17 petang itu, mangsa Mohamad Khairul Jeffry Maarof, 23, ditemui oleh pasukan bomba dibantu orang awam menggunakan jengkaut pada 7.15 malam..
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd Azmi Hussin, berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam dan bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati terdapat mangsa tertimbus.
"Mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Seramai 10 anggota bomba membantu mencari mangsa yang tertimbus selain turut dibantu oleh beberapa penduduk kampung," katanya.
Sementara itu, Ahmad Syafiq Mohd Noor, 28, berkata dia adalah salah seorang daripada empat orang awam yang membantu menggali tanah tertimbus untuk menyelamatkan mangsa.
"Mangsa diupah oleh abang saya untuk menggali telaga di kebunnya dan ia sudah hampir siap, namun tidak menyangka insiden ini berlaku sehingga meragut nyawa Khairul yang juga saudara kami.
"Kami cuba sedaya upaya menggali tanah untuk menyelamatkan mangsa namun gagal sebelum dibantu oleh anggota bomba.
"Pilu hati saya melihat isteri serta seorang anaknya yang masih kecil menangis melihat sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa.
"Arwah dikenali sebagai seorang yang sangat rajin bekerja dan sudah biasa membuat kerja menggali telaga untuk menampung kehidupan dia sekeluarga," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1080351/pemuda-maut-tertimbus-tanah-ketika-gali-telaga

kemaruk Publish time 16-4-2024 12:31 AM

sedihnya, meninggal ketika tengah bekerja

airfilterkotor Publish time 16-4-2024 01:06 AM

Yg korek longkang/kabel tepi jalan dengan kedalaman tak lebih dari 3 meter pun boleh mati tertimbus. Apatah lagi 6 meter.

Salam takziah.

hokeypokey Publish time 16-4-2024 01:44 AM

kelantan takde air sampai rakyat kena gali telaga

Ahriman Publish time 16-4-2024 02:17 AM

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Salam Takziah
Sayangnya dik.umur muda lagi.

Supersirap Publish time 16-4-2024 08:22 AM

Salam takziah kepada keluarga

batmana Publish time 16-4-2024 08:40 AM

Pengalaman x byk lagi ni.. umur muda lagi..apa2pun takziah

Triple_8 Publish time 16-4-2024 08:41 AM

hokeypokey replied at 16-4-2024 01:44 AM
kelantan takde air sampai rakyat kena gali telaga

Tak ada. Saya pun gali telaga.

otai_g Publish time 16-4-2024 08:42 AM

Da mcm zaman 40an plk kena Gali telaga sbb nak dpt air. Walhal da berpuluh tahun merdeka. Apakah ini erti kemerdekaan, keperluan asas pun tarak

FOTHER-MUCKER Publish time 16-4-2024 08:53 AM

Bhya juga

Thunderclouds Publish time 16-4-2024 09:16 AM

Takdeerrrrrrr..

-Lobai paspispus

wirazam Publish time 16-4-2024 09:18 AM

otai_g replied at 16-4-2024 08:42 AM
Da mcm zaman 40an plk kena Gali telaga sbb nak dpt air. Walhal da berpuluh tahun merdeka. Apakah ini ...

Kerajaan negeri takde usaha ke...adoiii

Thunderclouds Publish time 16-4-2024 09:19 AM

hokeypokey replied at 16-4-2024 01:44 AM
kelantan takde air sampai rakyat kena gali telaga

X ade dekkk..
Pressure sgt² rendah, lg laju kencing ank aku yg 7thn tu;P
Sengsaraaaa blk raya br ni walau mil aku mati² xkasi tok laki aku blk beraya sbb xde ayor.
Grrrrrr

prettyuglybabe Publish time 16-4-2024 10:16 AM

muda lagi dah beranak pinak..

adawiyah_hakim Publish time 16-4-2024 10:29 AM


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Salam Takziah...

supernaturalee Publish time 16-4-2024 03:09 PM

Thunderclouds replied at 16-4-2024 09:16 AM
Takdeerrrrrrr..

-Lobai paspispus

nak telaga ke nak isley



copycat ayat forummer


on a serious note, alfatihah utk arwahnya
takziah family

Decaffeinated Publish time 16-4-2024 03:19 PM

Innalillahi...
Kedalaman 6 meter kena susun 4 orang kalau nak panjat naik. Oksigen pun dah kurang.

Kuat kederat budak ni kalau betul dia gali manual.

Kitty_catz Publish time 16-4-2024 07:12 PM

salam takziah

nak buat cemaner.. udah kome pilih isleyy... so mmg kena guna air boring la or perigi

setad2 demo kecoh nak berbini baru or hapgred mecedes ajewwww

besi_kelabu Publish time 16-4-2024 08:51 PM

Gali telaga utk pertanian bukan utk kegunaan rumah.

tumpanglalu74 Publish time 16-4-2024 09:11 PM



Comey.. :'(
Pages: [1] 2
View full version: Maut ketika menggali telaga


ADVERTISEMENT