maklukpenggoda Publish time 16-4-2024 12:02 AM

Hafizul berjaya diberkas selepas bergelut

Edited by maklukpenggoda at 16-4-2024 11:44 AM

KOTA BHARU: Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ditahan di Jalan Bayam, petang tadi.
Suspek Hafizul Hawari, 38, ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana iaitu beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan jam 3 petang tadi.
Sumber berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.
Katanya, suspek ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana dan berlaku pergelutan sebelum dia berjaya ditahan.
"Ketika ditahan berlaku pergelutan dan suspek seorang diri," katanya sambil menambah polis turut merampas sepucuk pistol daripada suspek.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1235048/polis-rampas-pistol-dari-hafizul-ketika-ditahan-di-jalan-bayam
_

KUALA LUMPUR: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Hawari, 38, sudah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata suspek ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang tadi.

"Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu.

"Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat," katanya.

Terdahulu, ibu dan bapa Hafizul, Hayati Bakri dan bapanya, Hawari Mohd Sihat, serta lima adik-beradiknya merayu Hafizul menyerah diri kepada polis.

Adiknya, Hanif berkata, Hafizul perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan bersedia menghadapi kesan perbuatan itu dan hukuman bakal dikenakan terhadapnya.

sharlenetexas Publish time 16-4-2024 12:09 AM

Itulah berani ko lalu depan ipk.


kemaruk Publish time 16-4-2024 12:54 AM

lain kali kalau nak balas dendam, jangan terus tembak

kalau camni dah kena tangkap, ko merangkaklah dalam penjara

sepatutnya kena strategik.. pasanglah "jerat"

takpe la tunggu waima 10 tahun sekalipon sehingga jerat mengena

bila umpan dah dimakan dan mangsa menggelupur nak lepaskan diri dari mata kail, Allah je tahu nikmatnya pada kita yang pasang umpan tu

delia3003 Publish time 16-4-2024 01:48 AM

Edited by delia3003 at 16-4-2024 01:50 AM

Macam mana boleh sangkut kat bandar KB? Banyak² tempat, tengah bandar jugak dia lari. Berselisih pulak dengan warga sskjp yang berduyun otw balik ke KV dari kampung.

Rugi je, sisa² hidup meringkup dalam penjara, ikut sangat kata hati.

cmf_jeangrey Publish time 16-4-2024 06:48 AM

Terlupa guna Google maps ke encik? Kalau nak lari kena guna jalan tikus bukan berlenggang depan IPK..paling penting kena ada associate yg boleh tlg bawak lari ke border sana...rupa tu kena modify sikit, kalerkan rambut atau cukur jambul dan janggut..pakai spek ke..so kena bawak supply dlm beg siap2..kalau x mampu fikir benda basic ni, jgn jadi penjenayah..kau ceraikan bini dan bawak diri




apech Publish time 16-4-2024 09:01 AM

kemaruk replied at 16-4-2024 12:54 AM
lain kali kalau nak balas dendam, jangan terus tembak

kalau camni dah kena tangkap, ko merangkaklah ...

bangkem cerita sikit modus operandi

bbalik Publish time 16-4-2024 09:04 AM

mcm tak bijak je mamat nih

kemaruk Publish time 16-4-2024 11:27 AM

apech replied at 16-4-2024 09:01 AM
bangkem cerita sikit modus operandi

ada banyak caranya

salah satu caranya ialah sentiasa berdoa kepada Allah agar kitasentiasa tabah menghadapi dugaan

zorrro_03 Publish time 16-4-2024 11:46 AM

aku rasa natang ni salah tafsir berkenaan "tempat paling selamat ialah tempat paling bahaya"dia bantai melenggang depan balai, mendapat arrrr.harap dia kena lanyak cukup2 dalam lokap nanti.

mikasa Publish time 16-4-2024 11:54 AM

Dia byk tengok movie ni kot..konon tempat paling selamat adalah kawasan paling ditakuti penjenayah

salimrock Publish time 16-4-2024 11:58 AM

bukan ke datuk seri suhaily ckp suspek diminta serah diri di mana2 balai polis berhampiran

otai_g Publish time 16-4-2024 11:59 AM

Aku terpk 1 soalan. Kenyataan polis kata suspek berkemungkinan lari ke arah utara.

Statement ni mmg btl2 ke atau polis saja buat fake statement sbb nak kelirukan suspect?

Kalo mmg btl2, mmg weak la intelligence polis ni bg maklumat kurang tepat.

kotakbaju Publish time 16-4-2024 12:05 PM

Suspek ada ke hospital pakar tu ke :o berani jugak dia ni. Dah buat salah camtu masih berani lagi jejak ke hospital, hospital tu pulak betul2 dekat ipk. Kalau iols la, mau menyorok dulu sementara waktu. Kalau perlu keluar sangat kena menyamar macam porumer atas tulih.

shida81 Publish time 16-4-2024 02:09 PM

kemaruk replied at 16-4-2024 12:54 AM
lain kali kalau nak balas dendam, jangan terus tembak

kalau camni dah kena tangkap, ko merangkaklah ...

Ni dah kira x sabar bang kem.. Tu yg main tembak je.. Tp klu da Alang2 nk kn tangkap.. Baik ko rapat skit ngn mangsa baru tembak.. Alang2....
Ntah2 hutang byk bini x nk tolong tu yg angin

dua_chzy Publish time 16-4-2024 02:11 PM

Ha amek kau UTK terus pi tangkap.

matamata Publish time 16-4-2024 02:16 PM

Rasanya UTK dah follow awal2 dah kot...cuma tunggu masa sesuai

kemaruk Publish time 16-4-2024 02:16 PM

shida81 replied at 16-4-2024 02:09 PM
Ni dah kira x sabar bang kem.. Tu yg main tembak je.. Tp klu da Alang2 nk kn tangkap.. Baik ko rap ...
betul tu.. dah alang2 tu simbah minyak petrol je terus pastu bakar.. kalau mangsa tak mati pon, atleast cacat muka berparut pastu tanggung derita sengsara kuping kulit terpaksa dikikis seminggu sekali.. baru puas hati ko dalam penjara aman2 adjah makan tidur ditanggung..


beatgirlX Publish time 16-4-2024 02:17 PM

otai_g replied at 16-4-2024 11:59 AM
Aku terpk 1 soalan. Kenyataan polis kata suspek berkemungkinan lari ke arah utara.

Statement ni mmg ...

Kalau tgk citer2 omputeh mcm CSI,FBI.. Siri polis2 mmg statement x semua maklumat diaorg blh share... Ada yg kena twist jadinya penjenayah akan rasa diaorg selamat nak teruskan kerja etc..
Padahal diaorg da standby...

kemaruk Publish time 16-4-2024 02:19 PM

matamata replied at 16-4-2024 02:16 PM
Rasanya UTK dah follow awal2 dah kot...cuma tunggu masa sesuai

dorang dah letak chip dalam vaksin

so bila suspek berada dekat dengan IPK tu maka pihak polis pon terima mesej "your bluetooth device has been connected"

Supersirap Publish time 16-4-2024 02:20 PM

Berani buat kena berani tanggung
Pages: [1] 2
View full version: Hafizul berjaya diberkas selepas bergelut


ADVERTISEMENT