YgBenar Publish time 15-4-2024 11:44 PM

Update:Sub kontraktor elektrik punca lewat .6 kali bertangguh,Agong mahu penjelasan kelewatan pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar

Edited by YgBenar at 16-4-2024 06:07 PM

KUALA LUMPUR – Kegagalan sub kontraktor yang dilantik bagi melaksanakan kerja pendawaian elektrik pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing di Johor menjadi puncakelewatan projek itu siap mengikut jangkaan sebelum ini.

Sehubungan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) kini dalam proses melantik sub kontraktor baharu melalui proses tender terbuka bagi meneruskan kerja-kerja tersebut.

“Ada masalah dengan sub kontraktor lantikan yang tidak dapat menjalankan kerja elektrik dan sebagainya. Maka terpaksa cari pengganti, kontraktor lantikan ini biasanya ada kepakaran dan keupayaan, tidak mudah untuk cari ganti, prosesnya perlu tender maka ambil masa kita dapat jaminan daripada JKR perkara ini diberi perhatian khusus harap dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan Lawatan Tapak Perumahan Projek SASaR Sungai Besi.

Menurut Mohamed Khaled projek berkenaan kini telah 98.4 peratus siap.

“Oleh kerana projek Kementerian Pertahanan tapi dikendalikan JKR dan saya percaya garis masa ditentukan pihak itu,jika ada kelewatan kontraktor (yang berkenaan) dikenakan penalti,” katanya lagi.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memerintahkan pihak bertanggungjawab yang membina kolam selam tempur di Kem Iskandar memberi penjelasan punca kelewatan pembinaan berkenaan.

Sultan Ibrahim bertitah, kolam itu sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022 namun sehingga kini ia masih dalam pembinaan.

Difahamkan, papan tanda projek tersebut turut dirobohkan.

Sebagai rekod, sebelum ini majlis pecah tanah disempurnakan oleh Sultan Ibrahim yang pada ketika itu adalah Sultan Johor.

Kolam selam tempur itu adalah satu kemudahan yang amat diperlukan oleh anggota 21 Grup Gerak Khas (GGK) bagi meningkatkan kecekapan individu dan kumpulan khususnya dalam menangani ancaman dari domain maritim.- MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menitahkan pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing memberi penjelasan berhubung punca kelewatan pembinaannya.



Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) bertitah, kolam tersebut yang sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022, sehingga kini masih dalam pembinaan.

“Malah, semalam saya dimaklumkan lanjutan masa sebanyak enam kali telah dimohon oleh pihak berkenaan. Pada hari ini, saya mendapati papan tanda projek di tapak pembinaan pula dirobohkan.

“Mengapa ia dirobohkan, saya mahu perkara ini diperjelaskan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dan Jurutera Daerah Mersing,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office yang dikongsikan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sehubungan itu Yang di-Pertuan Agong menitahkan papan tanda berkenaan dipasang semula di tapak projek pembinaan.

Majlis pecah tanah kolam berkenaan disempurnakan Sultan Ibrahim pada Mei 2018.

Kolam selam tempur merupakan fasiliti yang amat diperlukan oleh anggota 21 GGK bagi meningkatkan kompetensi individu dan pasukan, khususnya dalam menangani ancaman dari domain maritim.

Fasiliti itu juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti mock up kapal, entry point bagi kemasukan melalui udara, serta banyak lagi kemudahan asas sokongan operasi. – Bernama

shamsadis Publish time 16-4-2024 08:16 AM

apa nama kontraktor tu?

copy_paste Publish time 16-4-2024 09:18 AM

tak pandai buat kot,selalu buat rumah ni kena buat kolam utk latihan aska mana maunye,

puteralilin Publish time 16-4-2024 09:28 AM

emmm...kerja jkr biasa la

Supersirap Publish time 16-4-2024 03:19 PM

boleh tahu sebab kelewatan?

Decaffeinated Publish time 16-4-2024 03:24 PM

Projek dah lama sakit dulu perati ja tunggu naik jadi agong the voice is louder.

airfilterkotor Publish time 16-4-2024 03:26 PM

Lazimnyalahhhh.... kalau projek gomen ni, kontraktor yang bermasalah.
Yang pening kepala, JKR.

Semoga JD Mersing dan Pengarah JKR Johor dipermudahkan urusan menghadap Agong. :lol:

pokokmeranti Publish time 16-4-2024 03:29 PM

airfilterkotor replied at 16-4-2024 03:26 PM
Lazimnyalahhhh.... kalau projek gomen ni, kontraktor yang bermasalah.
Yang pening kepala, JKR.



boleh la pohon tukar tempat. tapi news today katanya akan siap sepenuhnya pada Jun akan datang

otai_g Publish time 16-4-2024 03:40 PM

Lps tu terbongkar la rahsia brp layer punya kontraktor. Kontraktor yg last sekali bajet cuma lps utk buat pondok guard je

airfilterkotor Publish time 16-4-2024 03:45 PM

pokokmeranti replied at 16-4-2024 03:29 PM
boleh la pohon tukar tempat. tapi news today katanya akan siap sepenuhnya pada Jun akan datang

Lagi 2 bulan...?
Kalau tengok keadaan fizikal pada gambar tu, macam takkk jer.

Unless, JKR lantik:
a) rescue contractor yang sangat berdedikasi.
b) ada minom sirap ajaib utk buat kerja-kerja dengan kecepatan yang luar dari biasa. :lol:

airfilterkotor Publish time 16-4-2024 04:02 PM

Tapi laa.... kalau dah 6 kali EOT tu andai dah termasuk rescue contractor, takleh kata apa la.
Kawan tu pun dapat makan tulang jer. :lol:

mikasa Publish time 16-4-2024 04:52 PM

Berapa lapis sub laa agaknya ni

supernaturalee Publish time 16-4-2024 05:24 PM

airfilterkotor replied at 16-4-2024 04:02 PM
Tapi laa.... kalau dah 6 kali EOT tu andai dah termasuk rescue contractor, takleh kata apa la.
Kawan ...

engineer gomen ke bang

airfilterkotor Publish time 16-4-2024 05:26 PM

supernaturalee replied at 16-4-2024 05:24 PM
engineer gomen ke bang

Saya? No wayyy.

supernaturalee Publish time 16-4-2024 05:29 PM

airfilterkotor replied at 16-4-2024 05:26 PM
Saya? No wayyy.

{:8_628:}
Pages: [1]
View full version: Update:Sub kontraktor elektrik punca lewat .6 kali bertangguh,Agong mahu penjelasan kelewatan pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar


ADVERTISEMENT