Vellfire Publish time 15-4-2024 07:06 PM

Pelabuhan di atas tanah yang ditambak

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240415/kch-ub150424-pg-premierembang-p1.jpg

Abang Johari (tiga kanan) merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2024 Daerah Gedong di sebuah hotel di Kuching, semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Mohamad Abu Bakar, Mohd Naroden, Juma'ani, Rubiah serta yang lain. -Gambar Roystien Emmor


[*]Sarawak guna pakai model Pelabuhan Osaka, Jepun dan Pelabuhan Shanghai, China untuk bangun pelabuhan baharu di Tanjung Embang

Oleh Patricia Gari
KUCHING: Sarawak akan mengguna pakai model Pelabuhan Osaka, Jepun dan Pelabuhan Shanghai, China untuk membangunkan sebuah pelabuhan baharu di Tanjung Embang.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata cadangan pelabuhan laut dalam itu yang dibina di atas tanah yang ditambak akan menyediakan perkhidmatan bagi Kuching dan Sarawak.
"Kita akan membina sebuah pelabuhan baharu di Tanjung Embang tetapi ia tidak akan dibina di tanjung. Ia akan dibina di atas laut dan kita akan melakukan penambakan tanah bagi tujuan itu.Ia dikelilingi air laut dan tidak beralun. Ini adalah cara baharu untuk membina pelabuhan.
"Osaka telah membangunkan pelabuhan seperti ini, begitu juga Shanghai. Jadi, saya percaya Sarawak juga boleh membangunkan pelabuhan seperti ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Daerah Gedong di sebuah hotel di sini, malam semalam.
Menjelas lanjut, Abang Johari berkata keputusan membina sebuah pelabuhan baharu di laut di atas tanah yan g telah ditambak juga bertujuan menghalang aktiviti pengorekan tepi pantai dilakukan.
Beliau berkata apabila siap nanti, pelabuhan itu akan membantu memajukan lagi bahagian Kuching dan Samarahan.
"Kita tidak perlu mengorek tepi pantai di Tanjung Embang kerana kedalaman laut di situ cukup sebaik ia ditambak.
"Apabila siap nanti, pelabuhan ini akan menghubungkan kawasan pesisir kemudian ke Samarahan dan Gedong," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong.
Disember lalu, Abang Johari berkata pelabuhan laut dalam Tanjung Embang dijangka mempercepatkan permintaan ke atas tenaga hijau Sarawak.
Menurutnya lagi, pembangunan infrastruktur mega itu akan dibiayai kerajaan negeri dalam usaha memperkukuhkan kecekapan rantaian bekalan yang berkaitan operasi tenaga hijau.
Majlis itu turut dihadiri isteri beliau, Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia Datuk Rubiah Wang, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Idris Buang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Peridustrian dan Pelaburan Sarawak Dato Sri Mohd Naroden Majais, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/15/pelabuhan-di-atas-tanah-yang-ditambak

Supersirap Publish time 16-4-2024 08:26 AM

good news ni
Pages: [1]
View full version: Pelabuhan di atas tanah yang ditambak


ADVERTISEMENT