Vellfire Publish time 15-4-2024 07:01 PM

TDM rampas lapan karton minuman keras bernilai RM1,200

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240415/kch-ub150424-hh-bakelalan-p1.jpeg

Anggota tentera menemui lapan karton minuman keras pelbagai jenama yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran melalui sempadan di Ba'Kelalan, semalam.
KUCHING: Pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) merampas lapan karton minuman keras pelbagai jenama bernilai RM1,200 yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran melalui sempadan di Ba’Kelalan semalam.
Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat dalam satu kenyataan hari ini berkata, kesemua barangan itu ditemui sekitar jam 6 petang pada 14 April 2024 ketika unit melaksanakan Sektor Ops Jengkawan.
Menurutnya, sepasukan anggota TDM dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) sedang melakukan penugasan rondaan di Kampung Punang iaitu jarak lebih kurang 500 meter dari sempadan Indonesia sebelum menjumpai bungkusan hitam yang mencurigakan.
”Hasil pemeriksaan mengesahkan terdapat lapan karton minuman keras pelbagai jenama dalam bungkusan tersebut.
”Kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM1,200,” ujar kenyataan itu.
Jelasnya, laporan polis telah dibuat di Pondok Polis Ba’Kelalan dan kesemua barangan rampasan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ba’Kelalan untuk tindakan selanjutnya.
Tentera Darat Malaysia katanya, akan terus komited memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara daripada sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/15/tdm-rampas-lapan-karton-minuman-keras-bernilai-rm1200

Supersirap Publish time 16-4-2024 08:27 AM

Tahniah diucapkan
Pages: [1]
View full version: TDM rampas lapan karton minuman keras bernilai RM1,200


ADVERTISEMENT