Vellfire Publish time 15-4-2024 06:59 PM

Lelaki maut, motosikal ditunggang rempuh 4WD

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/styles/medium_landscape/public/images/article/20230214/ubowebfiller1.jpg?itok=0QZjsAnb

BINTULU: Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah pacuan empat roda (4WD) yang sedang berhenti di kawasan lampu isyarat Jalan Tanjung Kidurong di sini, petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua berkata, mangsa berumur 23 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurutnya, maklumat yang diterima mendapati dalam insiden yang berlaku di Jalan Tanjung Kidurong sekitar jam 4.15 petang itu melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa dan sebuah 4WD.
"Kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu 4WD terbabit sedang memandu dari arah Tanjung Kidurong menuju ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hwa Nombor 2 dan berhenti di kawasan lampu isyarat.
"Tiba-tiba 4WD terbabit dirempuh oleh motosikal dinaiki mangsa yang hilang kawalan datang dari arah belakang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Nixson, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Bintulu yang turut berada di lokasi kejadian.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Nixon dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar berhubung insiden kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan anggota masyarakat.
"Sekiranya terdapat individu atau mana-mana saksi terlihat kejadian boleh tampil dan menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Pung Ting Khang di Balai Trafik Bintulu di talian 086-338575 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu (086-318304).


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/15/lelaki-maut-motosikal-ditunggang-rempuh-4wd

Supersirap Publish time 16-4-2024 08:28 AM

Salam takziah kepada keluarga
Pages: [1]
View full version: Lelaki maut, motosikal ditunggang rempuh 4WD


ADVERTISEMENT