mattzzx Publish time 15-4-2024 05:05 PM

Hafizul ditahan di Jalan Bayam Kota Bharu

https://assets.bharian.com.my/images/articles/Id_obj51041506_1713171496.jpg
Gambar suspek dalam kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi semalam. - foto BERNAMA

KOTA BHARU: Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ditahan di Jalan Bayam, petang tadi.

Suspek Hafizul Hawari, 38, ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana iaitu beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan jam 3 petang tadi.

Sumber berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Katanya, suspek ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana dan berlaku pergelutan sebelum dia berjaya ditahan.


"Ketika ditahan berlaku pergelutan dan suspek seorang diri," katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan suspek kes tembakan Hafizul Hawari, 38, sudah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata suspek ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang tadi.

"Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu.

Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1235048/hafizul-ditahan-di-jalan-bayam-kota-bharu

Supersirap Publish time 16-4-2024 08:31 AM

Tahniah diucapkan kepada pasukan polis
Pages: [1]
View full version: Hafizul ditahan di Jalan Bayam Kota Bharu


ADVERTISEMENT