mattzzx Publish time 15-4-2024 02:56 PM

Empangan Muda catat tahap 36.22 peratus, masih memuaskan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pemnagapen1_1713160608.jpg
EMPANGAN Muda. FOTO Arkib NSTP

Alor Setar: Takungan air di tiga empangan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih di tahap memuaskan bagi menampung keperluan pengairan dan kegunaan domestik sepanjang fenomena El Nino melanda.

Setakat hari ini, takungan Empangan Pedu berada pada tahap 71.26 peratus, Empangan Ahning (88.83 peratus) dan Empangan Muda (36.22 peratus) dengan jumlah keseluruhan takungan empangan adalah 70.88 peratus.

MADA dalam kenyataan berkata, biarpun jumlah takungan di Empangan Muda berkurangan, penduduk tidak perlu bimbang berikutan air di empangan itu digunakan untuk menyokong takungan air di Empangan Pedu bagi tujuan pengairan.

"Empangan Muda tidak salurkan air ke mana-mana terusan kerana Empangan Muda dan Empangan Pedu ini berkongsi air yang sama, maksudnya ada terowong antara kedua empangan ini.

"Sehingga kini kedudukan takungan air semua empangan berada dalam keadaan baik termasuk bagi tujuan tanaman padi musim pertama 2024 yang dijangka bermula pada 17 April ini (lusa),"katanya.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan perbandingan tarikh yang sama tahun lalu, paras empangan semasa mengalami penurunan apabila jumlah keseluruhan takungan empangan pada 15 April 2023 mencatatkan 82.24 peratus.

Katanya, pada tempoh itu (tahun lalu) Empangan Pedu mencatatkan 80.82 peratus, Empangan Ahning (98.99 peratus) dan Empangan Muda (62.36 peratus).

Sebelum ini media melaporkan tiga empangan di bawah seliaan MADA dijangka mampu bertahan untuk menampung keperluan pengairan sepanjang fenomena El Nino yang dijangka berlarutan sehingga Jun depan.

Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh berkata Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning mampu untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan Muda sehingga Jun depan.

Bagaimanapun, beliau berkata MADA sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi cuaca panas akibat fenomena El Nino termasuk memantau laporan semasa Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1080191/empangan-muda-catat-tahap-3622-peratus-masih-memuaskan
Pages: [1]
View full version: Empangan Muda catat tahap 36.22 peratus, masih memuaskan


ADVERTISEMENT