mattzzx Publish time 15-4-2024 02:50 PM

Keselamatan KLIA longgar, berisiko – Hussein

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-15-at-1.20.40-PM.jpeg
Hussein ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. - Foto FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG – Polis mengakui tahap keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah longgar dan berisiko kepada sebarang ancaman jenayah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan malah mendakwa, sesiapa sahaja bebas boleh keluar masuk ke terminal tanpa dikesan dengan membawa bahan berbahaya yang boleh mengancam orang awam.

“Kalau di luar negara amat ketat, ada pengimbas tetapi di KLIA, boleh lagi bawa mercun tanpa dijejak pun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA selepas menyaksikan sesi serah terima tugas Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at daripada Senior Asisten Komisioner Imran Abdul Rahman, hari ini.

Mengulas lanjut, Hussein walau bagaimanapun berkata, kes terbaharu yang berlaku di KLIA itu sebenarnya boleh juga terjadi di mana-mana lokasi awam tanpa mengira had waktu.

“Mujur respons kita termasuk pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) cukup baik dan keadaan buruk berjaya dihindarkan segera sebelum situasi kembali biasa,” jelasnya.

Menyentuh perancangan kawalan jangka panjang di KLIA, beliau berkata, perkara itu ada dibincangkan dengan pengurusan MAHB kerana terminal udara tersebut amat sensitif.

Hussein pada masa sama turut mengulangi syornya sebelum ini agar lorong paling hampir dengan pintu utama balai berlepas dan ketibaan tidak dibuka kepada laluan orang awam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/15/keselamatan-klia-longgar-berisiko-hussein/
Pages: [1]
View full version: Keselamatan KLIA longgar, berisiko – Hussein


ADVERTISEMENT