sfhzuraz Publish time 15-4-2024 02:02 PM

Retak pada Jambatan Tok Pasai adalah proses pengembangan di bahagian sambungan

Retak pada Jambatan Tok Pasai adalah proses pengembangan di bahagian sambungan


Oleh Noorazura Abdul Rahman - April 15, 2024 @ 1:33pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/pasai_1713159162.jpg
Keadaan rekahan pada permukaan Jambatan Tok Pasai berpunca daripada proses pengembangan struktur jambatan yang tidak bersambung



ALOR SETAR: Keretakan yang berlaku pada Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah adalah keretakan permukaan jalan di sambungan pengembangan yang sudah lama wujud.
Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Alam Sekitar negeri, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria, berkata sambungan pengembangan adalah kawasan di mana dua struktur jambatan dipisahkan secara struktur dan ia tidak bersambung.
"Gambar yang tular di Jambatan Tok Pasai adalah keretakan permukaan jalan di expansion joint (sambungan pengembangan), semakan di tapak keretakan ini telah lama wujud dan mungkin baru disedari oleh pengadu.
"Berdasarkan gambar yang dikongsi, bahagian tepi retakan mempunyai rumput dan pasir menunjukkan ia telah lama dan bukan retakan baru wujud," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohamad Yusoff berkata, dalam kerja penyelenggaraan, permukaan jalan di kawasan ini diturap supaya pengguna selesa melaluinya.
Katanya, disebabkan jambatan merupakan struktur rasuk yang panjang, berlaku pengembangan dan penguncupan atas faktor cuaca, suhu panas dan sejuk.
"Kawasan 'expansion joint' ini akan sentiasa mengembang dan menguncup dan seterusnya membentuk retakan (crack) di kawasan berkenaan," jelas beliau.
Jumaat lalu, seorang pengguna media sosial memuat naik gambar yang mendakwa Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah di siniberlaku keretakan.
Ia kemudiannya tular dan menimbulkan kegusaran penduduk tempatan yang sering menggunakan jambatan berkenaan.
Mereka bimbang jambatan itu akan runtuh berikutan menjadi laluan utama termasuk kenderaan berat.
Retak pada Jambatan Tok Pasai adalah proses pengembangan di bahagian sambungan (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Retak pada Jambatan Tok Pasai adalah proses pengembangan di bahagian sambungan


ADVERTISEMENT