EJALTI Publish time 15-4-2024 01:30 PM

Iran-Israel: Siapa lebih kuat?

Iran-Israel: Siapa lebih kuat?

https://www.bharian.com.my/dunia ... el-siapa-lebih-kuat

April 15, 2024 @ 12:37pm

https://assets.bharian.com.my/images/articles/BHBANDING_1713155843.jpg
Iran berada di belakang Israel dari segi bajet pertahanan, namun negara itu mendahului Israel dari segi bilangan tentera yang aktif.

MELIHAT kepada perbandingan persediaan ketenteraan antara Iran dan Israel susulan perang antara dua kuasa itu, Iran berada di belakang Israel dari segi bajet pertahanan, namun negara itu mendahului Israel dari segi bilangan tentera yang aktif, lapor The Sun.

Berdasarkan laporan itu, bajet pertahanan Israel adalah AS$24.2 bilion, manakala Iran pula AS$9.9 bilion.

Mengenai kekuatan pesawat udara, Israel mempunyai sejumlah 612 pesawat dan Iran, 551 pesawat. Bagaimanapun, dari segi kereta kebal, Iran mempunyai kekuatan hampir dua kali ganda berbanding Israel.

Israel mempunyai 2,200 kereta kebal, manakala Iran, 4,071 kereta kebal.

Iran juga mendahului Israel dalam kekuatan tentera laut, yang mana Israel mempunyai 67 kapal perang, berbanding Iran yang mempunyai armada 101 kapal perang yang sudah lama wujud.

Selain itu, Israel mempunyai 43,000 kenderaan berperisai, manakala Iran dengan 65,000 kenderaan berperisai.

Iran juga mempunyai lebih kekuatan berbanding Israel dari segi bilangan tentera. Israel mempunyai 173,000 anggota tentera, manakala Iran 575,000 anggota yang aktif.

Israel mempunyai 465,000 anggota tentera simpanan, manakala Iran seramai 350,000 anggota.

Menurut laporan media antarabangsa, Israel kini mempunyai 80 bom nuklear, manakala Iran secara rasmi tidak mempunyai bom nuklear.

Jika hanya berdasarkan bom atom, Israel boleh mengalahkan Iran dalam peperangan. - AGENSI

INFO

ISRAEL


[*]Tentera Israel sangat maju dari segi teknologi dengan pelaburan besar dalam jet pejuang terkini, sistem pertahanan peluru berpandu seperti Iron Dome dan peperangan siber.
[*]Strategi negara ini menekankan operasi yang cepat dan berintensiti tinggi serta mengekalkan keunggulan teknologi berbanding lawannya.


IRAN


[*]Strategi ketenteraan Iran adalah mengimbangi peralatan lama dengan saiz kekuatan yang lebih besar dan memfokuskan kepada teknologi peluru berpandu, termasuk peluru berpandu balistik yang mampu mencapai pelbagai sasaran serantau.
[*]Iran juga memanfaatkan taktik peperangan asimetri, termasuk penggunaan kuasa proksi di seluruh Asia Barat dan mempunyai tumpuan penting untuk mengembangkan keupayaan dron dan sibernya.

venom1 Publish time 15-4-2024 02:56 PM

Serius ke nak berperang? Tak fikir masa depan ke?

cantthinkofany Publish time 15-4-2024 05:03 PM

venom1 replied at 15-4-2024 02:56 PM
Serius ke nak berperang? Tak fikir masa depan ke?

ada lagi ke masa depan?? malaysia ni pun dah huru hara....

cantthinkofany Publish time 15-4-2024 05:08 PM

venom1 replied at 15-4-2024 02:56 PM
Serius ke nak berperang? Tak fikir masa depan ke?

ada masa depan lagi ke? malaysia pun dah mcm huru hara je........

Decaffeinated Publish time 15-4-2024 05:08 PM

Nak berperang terserah yang pasti sebelum ada mana2 pihak yang menang ramai perlu mati dulu, from both sides.

Therefore, please make it quick.

dua_chzy Publish time 15-4-2024 05:29 PM

Tetiba sunni tanahair sokong Iran Syiah ke nak?

fefeeling Publish time 15-4-2024 05:39 PM

Kita ni esok hari tetaplah bangun pagi cam biasa pegi keje hadap jem demi sesuap nasik.. lantak la kome, gerak lu pape roger

dua_chzy Publish time 15-4-2024 05:46 PM

fefeeling replied at 15-4-2024 09:39 AM
Kita ni esok hari tetaplah bangun pagi cam biasa pegi keje hadap jem demi sesuap nasik.. lantak la k ...

Rakyat Iran ngan Israel pun begitu juga. Deols just nak hidop normal. Masalahnya pemimpin masing2 cam taik.

caprut Publish time 15-4-2024 05:50 PM

Cepat la berperang. X sabar

sayawifenikmie Publish time 15-4-2024 06:30 PM

... hanya manusia tak normal gila bodoh biol bongok haramjadah yg berdoa supaya negara2 berperang ....

gigahertz Publish time 15-4-2024 07:05 PM

venom1 replied at 15-4-2024 06:56 AM
Serius ke nak berperang? Tak fikir masa depan ke?

Dah berperang dah pun. Iran dah tembak missiles ke Israel Airbase.
Israel saja drag Iran masuk dalam perang. sebab bila perng jadi official.
NATO & U.S kena tolong.

gigahertz Publish time 15-4-2024 07:10 PM

dua_chzy replied at 15-4-2024 09:29 AM
Tetiba sunni tanahair sokong Iran Syiah ke nak?

Doa lah United kingdom tak terlibat.sebab united kindom dan New zealand , Malaysia , Singapore , Australia
ada sign 5 defence power agreement.
salah seorang member kena serang. 4 member lain kena tolong.
hari tu masa United kingdom terlibat dalam serangan ke atas Yemen Houthi

kemaruk Publish time 15-4-2024 07:13 PM

semoga cepat2 la chatgpt mencapai ASI lalu menguasai bumi dan alam semester

biarlah kami manusia berdaging ini layan FDVR jah dan tak perlu lagi berperang sesama sendiri

kemaruk Publish time 15-4-2024 07:17 PM

dua_chzy replied at 15-4-2024 05:29 PM
Tetiba sunni tanahair sokong Iran Syiah ke nak?

dorang kata iran dan israel myanmar jah

dua_chzy Publish time 15-4-2024 07:19 PM

kemaruk replied at 15-4-2024 11:17 AM
dorang kata iran dan israel myanmar jah

Oh. Macam Isis dulu2 tu nyamar ke. Har.

kemaruk Publish time 15-4-2024 07:29 PM

dua_chzy replied at 15-4-2024 07:19 PM
Oh. Macam Isis dulu2 tu nyamar ke. Har.

ye

hamas pon myanmar jugak.. tali barut zionis kata mereka

semualah myanmar

rusia myanmar

arab saudi myanmar

mesir myanmar

jordan myanmar

myanmar myanmar

AbukRokok Publish time 15-4-2024 09:48 PM

venom1 replied at 15-4-2024 02:56 PM
Serius ke nak berperang? Tak fikir masa depan ke?

Manusia dan dunia xpernah berhenti berperang sejak awal kewujudan... Dah dipotret dlm alquran

Usaha utk memharamkan perang mcm atok saka cuba nk buat hanya sia sia

sharlenetexas Publish time 15-4-2024 10:13 PM

kemaruk replied at 15-4-2024 07:29 PM
ye

hamas pon myanmar jugak.. tali barut zionis kata mereka


Nyamma?


Ahriman Publish time 15-4-2024 10:29 PM

kemaruk replied at 15-4-2024 07:29 PM
ye

hamas pon myanmar jugak.. tali barut zionis kata mereka


Say Myanmar again.:lol:

slavehunter Publish time 16-4-2024 12:03 AM

I can't wait nak tengok fake country Israel kena wipe out demolish.
Pages: [1]
View full version: Iran-Israel: Siapa lebih kuat?


ADVERTISEMENT