EJALTI Publish time 15-4-2024 01:26 PM

Maritim Malaysia tumpaskan perompak laut warga indon di perairan Johor

Maritim Malaysia tumpaskan perompak laut di perairan Johor

https://www.bharian.com.my/berit ... t-di-perairan-johor

Oleh Omar Ahmad - April 15, 2024 @ 1:10pm
bhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/perompak_laut_1713157790.jpg
Lima perompak laut warga Indonesia yang ditahan Maritim Malaysia direman 14 hari bermula hari ini. - Foto NSTP/Omar Ahmad

KOTA TINGGI: Maritim Malaysia menahan sekumpulan perompak laut warga Indonesia di Perairan Johor Timur pagi semalam.

Modus operandi kumpulan perompak berkenaan adalah menjadikan lokasi berhampiran sempadan dua negara sebagai lokasi merompak kapal membawa muatan besi buruk.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata pihaknya menerima aduan Lembaga Pelabuhan Johor (LP) jam 10.45 pagi, sebuah bot tunda Bongawan 9 bersama 'barge' Hexagro 8 telah dinaiki beberapa orang suspek dan cuba mencuri muatan 'barge' tersebut di kedudukan 3.8 batu nautika selatan Tanjung Penyusop.

Menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia, suspek melarikan diri namun dapat dipintas.

Semasa diiring dalam perjalanan ke Pos Maritim Pengerang, bot yang ditahan bocor dan tenggelam pada kedudukan 2 batu nautika tenggara Tanjung Bulat.

Lima lelaki disyaki warga Indonesia berumur 31 hingga 53 tahun dibawa ke zon maritim Tanjung Sedili untuk siasatan. Anggaran nilai rampasan RM20,000.

"Bot kayu yang karam itu dapat memuatkan tiga tan besi buruk. Satu tan besi buruk dijual di negara jiran dengan nilai 5 juta rupiah bersamaan RM1,500.

"Hasil siasatan, suspek akan ambil masa 30 minit hingga satu jam untuk merompak muatan besi buruk, dan akan terus bergerak ke arah negara jiran," katanya pada sidang media hari ini.

Kumpulan perompak laut ini turut menyasarkan bot ataupun kapal-kapal yang bergerak perlahan di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Berdasarkan statistik sejak tahun 2018, sebanyak sembilan kes telah dilaporkan dan semua kes berkenaan diselesaikan Maritim Malaysia.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri serta pecah masuk premis serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen tiada dokumen pengenalan diri semasa ditahan," katanya yang memaklumkan semua suspek direman 14 hari bermula hari ini.

Skuau Publish time 15-4-2024 03:07 PM

satgi ada la youtuber,influencer Indon buat konten 'MSIA ZALIM'.

dani-rox Publish time 15-4-2024 09:41 PM

syabas maritim Malaysia

btw pembetulan... kalau darat penyamun indon, kalau di laut lanun indon. ha gituu :lol:

sharlenetexas Publish time 15-4-2024 11:43 PM

Cantik pulak warna baju tahanan maritim apmm.


ninja boy Publish time 16-4-2024 12:27 AM

Bersusah payah merompak besi 1 tan dapat 1500 kalau 3 tan dpt 4500 tolak kos operasi minyak mknn bahagi 5 org sorang dpt 600 jah tak berbaloi

Decaffeinated Publish time 16-4-2024 08:06 AM

Ini lanun tradisi orang pulau ka? Bot kayu dah tenggelam tapi nilai rampasan 20k means barge yang kena rampas?

Solokkk Publish time 16-4-2024 09:01 PM

Indon jongos dan terpaling budayamencuri berpisah tiada :lol:
Pages: [1]
View full version: Maritim Malaysia tumpaskan perompak laut warga indon di perairan Johor


ADVERTISEMENT