mattzzx Publish time 15-4-2024 11:46 AM

Remaja maut kereta elektrik terbabas, terbakar

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tealanmmn1_1713149215.jpg
SEORANG remaja maut selepas kereta dipandunya terbakar selepas terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Duke Khamis lalu. FOTO Ihsan JSPT KL

Kuala Lumpur: Remaja lelaki maut selepas kereta elektrik mewah dinaiki bersama teman wanita terbabit dalam kemalangan di Kilometer 6.6 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), di sini, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kereta dipandu mangsa berusia 19 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dalam kejadian 2.10 pagi.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa lelaki itu memandu dari arah Jalan Duta ke Plaza Tol Air Panas dan kenderaan hilang kawalan di tempat kejadian.

"Impak kemalangan menyebabkan kenderaan terbabir terbakar di tempat kejadian," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, pemandu terbabit disahkan maut di lokasi, manakala teman wanitanya berusia 19 tahun mengalami retak tulang pinggul dan dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.

"Akibat kemalangan, pemandu mengalami kecederaan di pinggul serta terbakar di bahagian kanan badan dan disahkan maut oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di tempat kejadian," katanya.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1080123/remaja-maut-kereta-elektrik-terbabas-terbakar
Pages: [1]
View full version: Remaja maut kereta elektrik terbabas, terbakar


ADVERTISEMENT