mattzzx Publish time 15-4-2024 10:28 AM

Vinales bangkit juarai GP Amerika

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/vinales22_1713143539.jpg
VINALES (tengah) meraikan kejayaannya di pentas podium. FOTO AFP

Austin: Maverick Vinales menebus kesilapan permulaan buruk dari petak pertama bersama jentera Aprilia untuk memenangi Grand Prix (GP) Amerika di Texas, awal pagi tadi.

Manakala pelumba rookie, Pedro Acosta meraih podium kedua dan Enea Bastianini melengkapkan podium ketiga pada pusingan ketiga perlumbaan musim ini.

Vinales, yang jatuh di tangga ke-11 selepas permulaan buruk di selekoh pertama, memahat namanya dalam sejarah sebagai pelumba pertama memenangi perlumbaan MotoGP dengan tiga pasukan berbeza iaitu Suzuki, Yamaha dan kini Aprilia.

"Terima kasih semua, saya rasa semua memberi dorongan kepada saya di Amerika.


"Sejarah tercipta, terima kasih Amerika, saya sangat gembira. Kami perlu terus bekerja keras, jentera sangat mengagumkan," katanya selepas tamat perlumbaan.

Pendahulu kejuaraan pelumba, Jorge Martin menduduki tempat keempat manakala juara dunia, Francesco Bagnaia di tempat kelima bersama jentera Ducati.

Vinales nyata sukar digugat apabila mencatat rekod sepusingan terpantas pada sesi kelayakan dan memenangi perlumbaan pecut, Sabtu lalu.

Bagi Acosta, kejayaan menduduki tempat kedua adalah persembahan yang benar-benar luar biasa.

"Kami tidak rugi apa-apa. Saya sangat gembira dengan kejayaan ini," kata pelumba berusia 19 tahun itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/04/1080104/vinales-bangkit-juarai-gp-amerika
Pages: [1]
View full version: Vinales bangkit juarai GP Amerika


ADVERTISEMENT