Vellfire Publish time 14-4-2024 08:41 PM

LRA EWSS Limbahau terpaksa ditutup semula

https://i0.wp.com/sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-14-at-4.10.04-PM.jpeg?w=1280&ssl=1

Tuaran : Loji Rawatan Air (LRA) Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) Limbahau dengan kapasiti 10 juta liter sehari (MLD) yang baru beroperasi semula sebelum Aidilfitri terpaksa ditutup semula pada sambutan Aidilfitri kedua Khamis lalu.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia berikutan tahap kemasinan air Sungai Papar yang tinggi mengakibatkan kira-kira 150,000 penduduk di daerah itu kembali berdepan situasi kritikal.
Katanya, sebuah lagi loji di lokasi berhampiran, LRA Jetama pula terpaksa mengurangkan kapasiti pengeluaran daripada 13 juta liter sehari (MLD) kepada sembilan MLD disebabkan satu daripada muka sauknya turut dimasuki air masin.
“Saya dimaklumkan pada Hari Raya kedua, LRA EWSS Limbahau di bawah kendalian Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) terpaksa dihentikan sementara sekali lagi kerana air masin masih masuk ke dalam muka sauk, manakala aliran air dari hulu Sungai Papar berkurangan.
“Jadi kita menghentikan operasi LRA terbabit bagi mengelakkan kejadian air masin diproses sebagai air terawat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketikaditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di sini semalam.
Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata, penduduk daerah Papar sekali lagi berdepan kekurangan bekalan air sebanyak 14 MLD disebabkan penutupan LRA EWSS Limbahau dan penurunan kapasiti LRA Jetama.
Katanya, penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki kepada semua penduduk yang terjejas di daerah itu terpaksa diaktifkan semula sehingga kandungan klorida atau kemasinan air Sungai Papar di muka sauk kedua-dua LRA kembali ke paras normal.
“Jadi kita berdoalah semoga hujan kembali turun terutamanya di kawasan tadahan supaya air Sungai Papar bertambah bagi menurunkan tahap kemasinannya hingga ke paras yang boleh dirawat,” katanya.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam sekali lagi mengulangi kesediaan kerajaan negeri untuk melaksanakan semula operasi pembenihan awan jika tiada hujan berterusan di negeri ini.
Katanya, operasi itu sudah digariskan dalam perancangan kerajaan negeri untuk dilaksanakan selagi situasi kemarau masih berpanjangan dan menjejaskan bekalan air penduduk.
Sebelum ini, operasi pembenihan awan yang dilaksanakan pada akhir Mac lalu di Papar, Lahad Datu dan Tawau berjaya menghasilkan hujan sekali gus meredakan sedikit masalah air di kawasan terbabit. – SABAH MEDIA

https://sabahmedia.com/2024/04/14/lra-ewss-limbahau-terpaksa-ditutup-semula/
Pages: [1]
View full version: LRA EWSS Limbahau terpaksa ditutup semula


ADVERTISEMENT