sfhzuraz Publish time 14-4-2024 08:04 PM

Terima tempahan 1,000 biji kuih peneram

Terima tempahan 1,000 biji kuih peneram

OlehROSHILA MURNI ROSLI

14 April 2024 11:10am







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/14/2612795.jpg
Che Su (kiri) menunjukkan kuih peneram hasil air tangannya. Peneram yang sudah siap digoreng akan disusun dalam bekas sebelum diserahkan kepada pelanggan.



KULIM - Kuih peneram sentiasa mendapat sambutan kerana kuih tradisional itu mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Pengusaha kuih peneram, Che Su Awang Kecik berkata, pada sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dia menerima tempahan lebih 1,000 biji kuih peneram.


Katanya, kuih peneram air tangannya mempunyai tekstur yang kering dan tidak berminyak.
“Saya buat ikut tempahan, kalau ada tempahan baru saya buat, sebab itu kuih peneram saya tidak cepat rosak dan boleh bertahan sehingga tiga bulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Riau, Sedim di sini.


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/14/2612794.jpg
Tepung untuk membuat peneram akan diperap semalaman.



Menurutnya, dia mula mengusahakan kuih peneram sejak tujuh tahun lalu menggunakan resipi turun-temurun daripada nenek moyangnya.
“Nak buat peneram ni tepungnya kena perap semalaman, lagi lama lagi sedap. Tetapi kena pandai pilih tepung juga buat masa sekarang saya cuma guna tepung cap gajah,” katanya.
Che Su berkata, memandangkan usianya yang semakin lanjut, pembuatan kuih peneram ini turut dibantu oleh anak-anaknya kerana dia tidak menggunakan mesin.



“Secara tidak langsung dapat juga saya warisi pembuatan kuih tradisional ini. Kalau buat dua kilogram tepung boleh dapat antara 200 hingga 300 biji peneram.
“Selain raya kalau tiba musim kenduri pun orang banyak tempah untuk dijadikan buah tangan kepada tetamu,” katanya.
Terima tempahan 1,000 biji kuih peneram - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Terima tempahan 1,000 biji kuih peneram


ADVERTISEMENT