mattzzx Publish time 14-4-2024 03:26 PM

Paras air Empangan Air Itam boleh bertahan 30 hari

https://assets.bharian.com.my/images/articles/yow_1713079122.jpg
GEORGETOWN: Paras air di Empangan Air Itam di sini hampir mencapai tahap kritikal ketiga yang dijangka dapat bertahan selama 30 hari.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata paras air di empangan itu hari ini adalah pada 30.8 peratus.


Paras kritikal pertama ialah apabila air empangan mencapai 50 peratus, tahap kritikal kedua 40 peratus dan tahap ketiga 30 peratus.

"Kita hampir mencapai tahap kritikal ketiga sekarang. Pada kadar ini, bekalan air dari Empangan Air Itam hanya boleh bertahan selama 30 hari.

"Kita hanya menerima 22.5mm hujan di kawasan tadahan Air Itam sejak awal bulan ini, yang mengakibatkan penurunan mendadak paras air di empangan Air Itam," katanya selepas menghadiri Karnival Raya yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera di sini hari ini.

Ditanya sama ada ini kali pertama tahap air di empangan Air Itam hampir mencapai tahap kritikal ketiga, beliau berkata ia mungkin pernah berlaku sebelum ini.

Kon Yeow berkata hujan diterima biasanya 300mm setiap bulan.

"(Bagaimanapun) apa yang kita dapat (hujan) adalah sangat sedikit. Tetapi kerajaan jamin ada rancangan kecemasan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk meningkatkan paras air. Saya telah menghubungi PBAPP dan rancangan itu masih berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata bermula hari ini, PBAPP akan kembali kepada Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024).

Pada 2 Februari lalu, PBAPP berkata sedang menyiapkan cadangan AIDAP 2024 kepada kerajaan negeri yang mungkin meningkatkan kapasiti berkesan empangan Air Itam dari 34.6 peratus kepada 50 peratus menjelang akhir April.

Ini berikutan penurunan paras air di Empangan Air Itam.

Pada Khamis, NST melaporkan bekalan air dari Empangan Air Itam dijangka hanya dapat bertahan selama 32 hari disebabkan peningkatan permintaan ketika musim perayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K Pathmanathan berkata tahap air di empangan telah berkurang walaupun hujan baru-baru ini.

Situasi itu, katanya, adalah normal kerana PBAPP telah meningkatkan pengurangan untuk memenuhi permintaan semasa musim perayaan Aidilfitri.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1234664/paras-air-empangan-air-itam-boleh-bertahan-30-hari
Pages: [1]
View full version: Paras air Empangan Air Itam boleh bertahan 30 hari


ADVERTISEMENT