mattzzx Publish time 14-4-2024 10:55 AM

Peminat pertikai perubahan wajah Rose Blackpink

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F13%2F2641278.png
Bahagian mata Rose yang didakwa berbeza berbanding sebelumnya.

PERUBAHAN ketara pada wajah anggota kumpulan Blackpink iaitu Rose menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat di media sosial ketika ini.

Ramai mendakwa, Rose, 27, melakukan pembedahan plastik pada bahagian kelopak mata yang kelihatan berbeza.

Tidak hanya cakap kosong, peminat turut melakukan perbandingan foto Rose yang jelas menunjukkan kelopak matanya lebih menonjol dan tebal.

Disebabkan itu, peminat meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Rose kerana merasakan selebriti perlu berhenti dengan obsesi menukar wajah mereka melalui pembedahan plastik.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/13/2641279.png

Netizen merasakan wajah Rose dahulu lebih cantik.

Malah ramai merasakan wajah Rose tidak lagi sama dan cantik selepas melakukan pembedahan tersebut.

"Dia sudah menawan secara semula jadi. Ketamakan manusia benar-benar tiada kesudahan.

"Wajah asli Rose lebih cantik berbanding sekarang. Kenapa dia perlu melakukan pembedahan? Tiada salahnya memiliki mata sepet," komen netizen.


Bagaimanapun ada pula di antara peminat mempertahankan Rose dengan mengatakan penyanyi itu hanya meletak pita pada bahagian kelopak mata.

Malah ia salah satu kaedah biasa digunakan oleh selebriti bagi mendapatkan kesan kelopak mata lebih tebal dan terbuka.

"Ini bukan kali pertama Rose pakai pita di bahagian kelopak mata!

"Tapi kalau betul pun dia buat pembedahan plastik, kenapa kita perlu peduli?," komen netizen lain pula.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/04/14/peminat-pertikai-perubahan-wajah-rose-blackpink-dituduh-buat-pembedahan-kelopak-mata

borrow Publish time 14-4-2024 12:34 PM

klo tak ckp tak kenal. Biasa mata cina korea sgt basic. Sama ada surgery @ pakai tape. Make up retis pun power jugak. Byk yg b4/after make up nmpk lain. Neway elok plak sheols menten blonde. Karina dye skali pun abih jahanam rambut.

manamana123 Publish time 14-4-2024 06:49 PM

wajah asli dia lebih cute

MistrezHermanaz Publish time 17-4-2024 10:05 AM

tp rose ni kurus sgt la, kalau berisi sikit lawo lagi

hokeypokey Publish time 17-4-2024 01:38 PM

sukati dia ler nk buat apa pun

Mary_jane Publish time 17-4-2024 02:54 PM

Muka asal dia lagi lawo.

gerbera.memopad Publish time 18-4-2024 10:56 PM

Alahai, dari sweet terus ada feature jantan ;P

delia3003 Publish time 19-4-2024 09:26 PM

Muka paling basic dalam BP. Dia ni harapkan rambut maintain blonde (tak rosak ke rambut?) Kalau dengan rambut hitam, rupa dab macam ahjumma.
Pages: [1]
View full version: Peminat pertikai perubahan wajah Rose Blackpink


ADVERTISEMENT