mattzzx Publish time 14-4-2024 10:53 AM

Masih dihargai pada usia 59 tahun

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F13%2F2641333.png
Rumah Shah Rukh Khani dibanjiri ribuan peminat.

SUDAH menjadi seperti acara tahunan, bintang Bollywood Shah Rukh Khan membuat kemunculan di balkoni kediaman mewahnya di Mannat bagi menyapa peminat yang menyerbu rumahnya bersempena sambutan Aidilfitri.

Shah Rukh, 59, membuat kemunculan di balkoni rumahnya bersama anak bongsu, Abram memakai kurta berwarna putih membuatkan peminat menjerit sejurus melihat kelibatnya.

Media di India melaporkan peminat mula berkumpul di hadapan kediaman mewah Shah Rukh sejak awal pagi dan bilangan yang berkumpul semakin bertambah sehingga menyebabkan kesesakan.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/13/2641334.png

Shah Rukh Khan ketika berada di balkoni rumahnya.

Malah pihak polis terpaksa datang mengawal keadaan sementara menanti Shah Rukh keluar bertemu dengan peminat.

Tidak hanya itu, acara tersebut turut mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa.

Shah Rukh sebelum ini memberitahu dia akan cuba menyapa peminat yang berkumpul di luar rumahnya sebagai tanda menghargai kedatangan dan sokongan peminat terhadap kariernya sebagai pelakon.


Sementara itu, Shah Rukh turut meninggalkan ucapan selamat hari raya buat peminat menerusi ciapan di X pada 1 Syawal lalu.

"Selamat hari raya semua! Terima kasih kerana menjadikan hari saya begitu istimewa.

“Semoga Allah merahmati kita semua dengan kasih sayang, kebahagiaan dan kesejahteraan,” katanya.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/04/14/masih-dihargai-pada-usia-59-tahun-peminat-banjiri-perkarangan-rumah-shah-rukh-khan

borrow Publish time 14-4-2024 12:27 PM

tgk kt utube. Ramai giler. Heols buat kandang ni khas utk lambai karat ek ;P

alieyrina Publish time 17-4-2024 05:26 AM

Time raya duk layan devdas

hokeypokey Publish time 17-4-2024 01:41 PM

raya2 pun sibuk tunggu retis depan rumah

Mary_jane Publish time 17-4-2024 02:53 PM

Ni ala2 open house lah kira nya, cuma takde makan2. Punya ramai worang.

gideoncross Publish time 17-4-2024 04:37 PM

borrow replied at 14-4-2024 12:27 PM
tgk kt utube. Ramai giler. Heols buat kandang ni khas utk lambai karat ek

Aiol tekan play, x play2, rupa2nya screenshot:lol::lol:

msdummy.2018 Publish time 17-4-2024 05:00 PM

borrow replied at 14-4-2024 12:27 PM
tgk kt utube. Ramai giler. Heols buat kandang ni khas utk lambai karat ek

Sampai ati ek chuols scam kami dgn screen shot jerrr? {:1_563:}

msdummy.2018 Publish time 17-4-2024 04:59 PM

borrow replied at 14-4-2024 12:27 PM
tgk kt utube. Ramai giler. Heols buat kandang ni khas utk lambai karat ek

Sampai ati ek chuols scam kami dgn screen shot jerrr? {:1_563:}

borrow Publish time 17-4-2024 07:57 PM

gideoncross replied at 17-4-2024 04:37 PM
Aiol tekan play, x play2, rupa2nya screenshot

lol sowi ... :lol:

borrow Publish time 17-4-2024 08:13 PM

msdummy.2018 replied at 17-4-2024 04:59 PM
Sampai ati ek chuols scam kami dgn screen shot jerrr?

haha :lol:

hcuMr3jPAu4

vid klo nk tgk. Pjg. Minit 11:00 peminat berpusu , minit 12:00 lambaian Srk;P

cm_vungtau Publish time 18-4-2024 07:50 AM

Pernah tengok interview dia. Dia cakap setiap nafas dia, dia berterima kasih pada Allah. Dia cakap sebab tu Allah kasi dia rezeki lebih.

Alhamdulillah.

Dia suka sebut2 Allah, tapi bininya si Gauri tu degil betul taknak masuk Islam. Tapi tengok interview dia kat Netflix Gauri cakap anak2 dia masa ni nampak nak ikut bapak dia. Dia macam kasi anak dia pilihan untuk ikut religion mana. Harap2 anak pun masuk Islam.

shoyuna Publish time 21-4-2024 10:15 PM

cm_vungtau replied at 18-4-2024 07:50 AM
Pernah tengok interview dia. Dia cakap setiap nafas dia, dia berterima kasih pada Allah. Dia cakap s ...

Tapi teringat pula dulu documentary srk yang dia letak Quran sebelah dengan patung hindu. Kat tiktok pun pernah tengok dia sembah patung or tengah sembahyang secara hindu.

Gauri pegangan agama dia sgt kuat. Pastu keturunan dia dari kasta yang tinggi kan. Mustahil nak revert

gideoncross Publish time 24-4-2024 11:24 PM

borrow replied at 17-4-2024 07:57 PM
lol sowi ...

Hahahahaha:lol::lol:

gideoncross Publish time 24-4-2024 11:25 PM

shoyuna replied at 21-4-2024 10:15 PM
Tapi teringat pula dulu documentary srk yang dia letak Quran sebelah dengan patung hindu. Kat tikt ...

Ha'ah, bliau ni ada kecelaruan klau bab ugama

Heydidle Publish time 2-5-2024 01:07 PM

borrow replied at 14-4-2024 12:27 PM
tgk kt utube. Ramai giler. Heols buat kandang ni khas utk lambai karat ek

Mansion heols yg bertingkat belakang tu ke?

Heydidle Publish time 2-5-2024 01:08 PM

gideoncross replied at 24-4-2024 11:25 PM
Ha'ah, bliau ni ada kecelaruan klau bab ugama

Lbh krg jah letak 50shades of grey sebelah quran

borrow Publish time 2-5-2024 10:01 PM

Edited by borrow at 2-5-2024 10:02 PM

Heydidle replied at 2-5-2024 01:07 PM
Mansion heols yg bertingkat belakang tu ke?


ginilah rupa dari tepi. Dulu ai pun keliru rumah srk gimana. Bangunan 6 tingkat tu ditambah kemudian.

gideoncross Publish time 3-5-2024 12:17 AM

Heydidle replied at 2-5-2024 01:08 PM
Lbh krg jah letak 50shades of grey sebelah quran

Uits, lebih dah ni

vanillaninja Publish time 7-5-2024 10:57 AM

borrow replied at 2-5-2024 02:01 PM
ginilah rupa dari tepi. Dulu ai pun keliru rumah srk gimana. Bangunan 6 tingkat tu ditambah kemud ...

So bangunan 2 tingkat ni pun rumah heols jugak ke? Sorry chuols I bertanya, kot la chuols tau. I curious ;P

borrow Publish time 7-5-2024 08:29 PM

vanillaninja replied at 7-5-2024 10:57 AM
So bangunan 2 tingkat ni pun rumah heols jugak ke? Sorry chuols I bertanya, kot la chuols tau. I c ...

Bangunan 2 ting? Tak pasti chuols refer yg mana. Tp setahu ai keseluruhan pic yg ai tepek tu rumah srk. Dr dpn sampai blkg.Besar giler. Nama rumah heols Mannat.
Pages: [1] 2
View full version: Masih dihargai pada usia 59 tahun


ADVERTISEMENT