mattzzx Publish time 14-4-2024 10:36 AM

'Doakan pengawal peribadi saya'

Edited by mattzzx at 14-4-2024 10:38 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm290tembak_1713059917.jpg
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Kuala Lumpur: Pengawal peribadi kepada wanita yang ditembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi hari ini dilapor parah.

Wanita itu dikenali Farah Md Isa atau Farah Cie memaklumkan demikian dalam hantaran di media sosial.

"Pengawal peribadi saya sedang kritikal di hospital, mohon doa semua," katanya.

Dia turut memberitahu ada orang melepaskan tembakan yang mengena pengawal peribadi itu dan laporan polis sudah dibuat.


"Kenyataan rasmi akan dikeluarkan nanti," katanya.

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian berlaku di Balai ketibaan KLIA Terminal 1, dengan suspek sudah dikenal pasti dan kini dalam buruan.

Beliau juga menolak sebarang unsur ekstremis, isu pengganas mahupun gangguan awam lain sebaliknya, insiden bermotif peribadi iaitu perselisihan antara suami isteri.


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gawal-peribadi-saya
Pages: [1]
View full version: 'Doakan pengawal peribadi saya'


ADVERTISEMENT