mattzzx Publish time 14-4-2024 10:33 AM

Tak reti serik

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/CCDD_1713049386.jpg
SANGKAR berisi burung ciak tempua yang dirampas hasil serbuan di sebuah premis perniagaan di Taman Tenaga.

Kuala Lumpur: Sanggup mengorbankan cuti Aidilfitri demi menjalankan tugas membenteras pemerdagangan hidupan liar dilindungi.

Itu antara misi operasi Ops Raya dilakukan anggota dan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia dalam menjejak individu serta sindiket jenayah terancang.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, Unit Jenayah Hidupan Liar (WCU) Perhilitan aktif menggempur beberapa lokasi sejak sebelum Aidilfitri bagi menyelamatkan pelbagai hidupan liar.

Terbaru dalam operasi diketuai pegawainya, Celescoriano Razond dan tiga anggota lain, sebuah premis perniagaan di Taman Tenaga di sini, diserbu kelmarin.


"Seorang lelaki tempatan berusia 50-an dan seorang lelaki Vietnam ditahan untuk soal siasat.

"Pemeriksaan di bahagian dalam dan hadapan premis itu menemui 63 burung ciak tempua yang ditempatkan di dalam sangkar khas. Suspek gagal mengemukakan lesen atau permit yang membolehkan menyimpan hidupan liar berkenaan," katanya.

Katanya, suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Salak Selatan untuk tindakan lanjut.

"Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 sementara menunggu perbicaraan Jun hadapan.

"Semua burung ciak tempua disita dianggarkan bernilai hampir RM20,000. Suspek sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan sama, namun mengulangi jenayah berkenaan," katanya,

Sementara itu dalam kes berasingan pada 2 April lalu, sepasukan unit penguatkuasaan Perhilitan Perak melakukan serbuan terhadap kediaman di Felda Trolak.

Dalam serbuan itu, Perhilitan merampas dua musang jebat dan empat helang yang disimpan di kediaman itu.

"Seorang lelaki tempatan berusia 40-an ditahan untuk siasatan.

"Suspek disyaki melakukan aktiviti melatih burung helang itu untuk memburu.

"Kedua-dua suspek ditahan didakwa mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Akta 716," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1079774/tak-reti-serik
Pages: [1]
View full version: Tak reti serik


ADVERTISEMENT