mattzzx Publish time 14-4-2024 10:23 AM

Real Madrid hampiri gelaran La Liga

https://assets.bharian.com.my/images/articles/cosmsneinrjd_1713056591.jpg
Pemain tengah Real Madrid, Aurelien Tchouameni (kiri) menjaringkan gol ketika aksi La Liga menentang Mallorca di Stadium Son Moix, Palma de Mallorca. - Foto AFP



MADRID: Rembatan jarak jauh Aurelien Tchouameni memberikan pendahulu La Liga, Real Madrid kemenangan 1-0 ke atas Mallorca dan kekal lapan mata di depan Barcelona menjelang aksi Clasico.

Pemain tengah Perancis itu, yang digantung untuk aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara Eropah di Manchester City minggu depan, memecah kebuntuan tiga minit selepas rehat dengan rembatan dari jarak 25 meter.

Pengendali Real, Carlo Ancelotti tidak menyenaraikan Vinicius Junior dan Rodrygo dalam kesebelasan utama sebagai persedian menghadapi City di England minggu depan.

Real melebarkan deretan tanpa kalah liga kepada 25 perlawanan, dan mengekalkan jurang selamat dengan Barcelona menjelang aksi Clasico di Madrid minggu depan.


"Ia kemenangan penting, yang meletakkan kami semakin hampir dengan gelaran. Kini tumpuan kami kepada aksi Rabu ini (awal pagi Khamis), kami perlukan rehat secukupnya," kata Ancelotti.

Barcelona meraih kemenangan 1-0 ke atas Cadiz hasil jaringan akrobatik Joao Felix di akhir babak pertama.

Pengendali Barca, Xavi Hernandez melakukan tiga pertukaran ke atas skuad yang menewaskan Paris Saint-Germain 3-2 pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1234520/real-madrid-hampiri-gelaran-la-liga
Pages: [1]
View full version: Real Madrid hampiri gelaran La Liga


ADVERTISEMENT