mattzzx Publish time 14-4-2024 10:20 AM

Impian Woods bertukar menjadi mimpi ngeri

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/GLF-MAJ-SPO-UMG-THE-MASTERS-ROUND-THREE_1713057580.jpg
WOODS bersama kedinya Lance Bennett yang beraksi di Masters Augusta National Golf Club. -FOTO AFP

Augusta, Amerika Syarikat: Impian Tiger Woods untuk meraih kemenangan keenamnya di Masters tidak kesampaian selepas tamat pusingan ketiga Masters semalam apabila hanya melakarkan 10 atas par 82 - skor terburuknya di Augusta National.

Sehari selepas mencipta rekod melakukan cut dalam Masters ke-24 berturut-turut, legenda berusia 48 tahun itu melakukan bogey pada empat daripada lima lubang terakhirnya, pencapaian terburuk dalam saingan Mastersnya selepas melakukan jumlah 78 pukulan pada pusingan ketiga dan keempat pada 2022 .

"Saya tidak melakukan pukulan dengan baik atau meletakkannya dengan baik," kata Woods.

"Saya tidak mempunyai sesi memanas badan dengan baik dan saya meneruskannya sepajang hari, hari ini. Hanya memukul bola di semua tempat yang saya tahu saya tidak sepatutnya melakukannya.


"Dan saya terlepas banyak put. Put yang mudah dan boleh dilakukan. Saya terlepas banyak pukulan itu.

Woods melakukan 78 pukulan dalam usaha membuat kemunculannya semula selepas pulih daripada kecederaan kaki yang dialami dalam kemalangan kereta 2021, kecederaan yang membawa kepada pembedahan buku lali kanan April lalu dan masalah kaki yang kelihatan menjadi penghalangnya.

Tetapi Woods yang berkata dia letih secara fizikal selepas bermain 23 lubang pada hari Jumaat akibat ribut pada hari Khamis, berikrar dia tidak akan menarik diri dan melengkapkan 72 lubang hari ini.

"Pasukan saya akan mempersiapkan saya," katanya.

"Kelab ini memang hebat. Ia akan menjadi hari yang panjang dan sesi pemanasan yang panjang, tetapi kami akan bersedia."

Ditanya sama ada hari ini akan bertukar itu menjadi sukar, Woods berkata, "Sepanjang hari," dia akan berdepan situasi itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2024/04/1079796/impian-woods-bertukar-menjadi-mimpi-ngeri
Pages: [1]
View full version: Impian Woods bertukar menjadi mimpi ngeri


ADVERTISEMENT