mattzzx Publish time 14-4-2024 10:16 AM

City ungguli carta liga, belasah Luton 5-1

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-ENG-PR-MAN_CITY-LUTON_1713054970.jpg
BOLA Haaland (kiri) terbias terkena muka pertahanan Luton Daiki Hashioka (kanan) untuk gol ke-20nya musim ini. -FOTO AFP

Manchester: Manchester City melonjak ke puncak carta Liga Perdana selepas membelasah Luton Town 5-1 yang turut menyaksikan Erling Haaland meledak gol liga ke-20nya musim ini.

Skuad Pep Guardiola kini mengumpul 73 mata dengan baki enam perlawanan dalam saingan kejuaraan membabitkan tiga penjuru.

Mereka kini dua mata di hadapan Arsenal dan Liverpool yang boleh mengatasi City dengan kemenangan hari ini.

Luton yang diancam penyingkiran berada di kedudukan ke-18, satu mata di bawah zon keselamatan.


"Selama beberapa jam (kami berada di atas)," kata Guardiola.

"(Ahad) mereka perlu bermain, apa yang boleh kami lakukan ialah memenangi perlawanan kami dan jika kami tidak dapat melakukannya kami mengucapkan tahniah kepada mereka."

City mendahului dalam masa 70 saat apabila rembatan Jeremy Doku dibiaskan ke arah Haaland yang kemudian merembat ke arah muka Daiki Hashioka sebelum menerjah gawang Luton.

Luton berjaya menghalang City daripada menambah jaringan tetapi akhirnya dibolosi sekali lagi, kali ini menerusi jaringan dari luar kotak penalti Mateo Kovacic pada minit ke-64.

Haaland melebarkan rekod jaringannya di puncak senarai penjaring dengan penalti minit ke-76 selepas Doku dijatuhkan dalam kotak penalti.

Ross Barkley merapatkan jurang untuk Luton pada minit ke-84 sebelum Doku menjadikan kedudukan 4-1.

Josko Gvardiol melengkapkan kemenangan City beberapa saat sebelum tamat permainan.

City kini perlu bersiap untuk aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid pada Rabu (awal pagi Khamis waktu Malaysia) sebelum menentang Chelsea pada aksi separuh akhir Piala FA di Wembley, Sabtu ini (awal pagi Ahad).
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1079787/city-ungguli-carta-liga-belasah-luton-5-1
Pages: [1]
View full version: City ungguli carta liga, belasah Luton 5-1


ADVERTISEMENT