maklukpenggoda Publish time 14-4-2024 07:11 AM

Iran balas dendam, Israel diserang

Edited by maklukpenggoda at 15-4-2024 12:34 AM

DUBAI: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRG) berkata ia melancarkan ratusan dron dan peluru berpandu ke Israel lewat Sabtu, serangan yang mungkin mencetuskan pertempuran besar antara musuh ketat serantau, dengan AS berikrar untuk menyokong Israel.
Tentera Israel berkata lebih 100 dron, yang menurut sumber keselamatan Iraq, dilihat terbang di atas negara itu dari Iran, akan mengambil masa berjam-jam untuk mencapai sasaran mereka.
Media saluran 12 Israel berkata beberapa telah ditembak jatuh di Syria atau Jordan manakala agensi berita Iran memetik sumber mengatakan tenteranya turut melancarkan gelombang pertama peluru berpandu balistik terhadap Israel.
Iran berikrar membalas dendam bagi serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang mengorbankan tujuh pegawai anggota IRG termasuk dua komander kanan.
Katanya, serangan itu adalah hukuman bagi 'jenayah Israel', walaupun regim Yahudi itu tidak mengesahkan mahupun menafikan bertanggungjawab ke atas serangan konsulat itu.
"Sekiranya rejim Israel membuat kesilapan lagi, tindak balas Iran akan menjadi lebih teruk," kata misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan memberi amaran kepada AS supaya 'jangan campur tangan' serta menganggap 'perkara itu selesai'.
Presiden AS, Joe Biden, yang memberi amaran kepada Iran supaya tidak menyerang Israel, memendekkan lawatan ke negeri asalnya, Delaware, untuk bertemu penasihat keselamatan negara di Rumah Putih, kata seorang pegawai.
Perang Gaza antara Israel dan Hamas yang kini memasuki bulan ketujuh, mencetuskan ketegangan di Asia Barat, dengan Lubnan dan Syria dan melepaskan tembakan jarak jauh ke Israel, sama seperti Yaman dan Iraq.
Syarikat keselamatan maritim Britain, Amery, dalam satu kenyataan berkata, dron juga dilaporkan dilancarkan terhadap Israel oleh kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran di Yaman.
Pertempuran itu kini mengancam untuk berubah menjadi konflik terbuka langsung yang melaga-lagakan Iran dan sekutu serantaunya terhadap Israel serta penyokong utamanya, AS, dengan kuasa serantau Mesir menggesa semua pihak 'menahan diri' elakkan perang.
Pesawat pejuang A.S. dan Britain terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Israel di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Channel 12. Tiga pegawai AS berkata tentera AS telah menembak jatuh pesawat dron tanpa menyatakan jumlahnya.
"Ini adalah peningkatan yang buruk dan berbahaya. Keupayaan pertahanan dan serangan kami berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi menjelang serangan berskala besar dari Iran ini," kata jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang pesawat rasminya berlepas sejurus selepas serangan bermula, mengadakan mesyuarat Kabinet perang di sebuah ibu pejabat tentera di Tel Aviv, kata pejabatnya. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2024/04/1234485/iran-lancar-serangan-dron-ke-atas-israel

maklukpenggoda Publish time 14-4-2024 11:06 AM

Terkini..

hMjUJiVvKUE

AbukRokok Publish time 14-4-2024 07:44 AM

Betul2 dia buat kali ni ye.
Konfirm israel amerika balas serangan kruis missile jet pejuamg kat logi logi nuklear iran

ChildrenOfBodom Publish time 14-4-2024 08:03 AM

lagi berapa jam nak sampai seroel? mesti ketaq lutut dh seroel takut takleh tepis guna iron dome

ChildrenOfBodom Publish time 14-4-2024 08:04 AM

teringat 3-4 tahun lalu bangun pagi risau pasai covid, la ni bangun pagi just kemungkinan WW3 saja

mojarean_X Publish time 14-4-2024 08:12 AM

TERKINI! Sudah bermula. Iran lancarkan serangan missile ke atas Israel

Edited by mojarean_X at 14-4-2024 08:14 AM


Peluru berpandu dilepaskan semasa laithan ketenteraan di Isfahan, Iran. - Foto REUTERS
IRAN melancarkan berpuluh-puluh serangan dron terhadap Israel pada Sabtu.
Bagaimanapun serangan dron itu mungkin mengambil masa beberapa jam sebelum mencapai sasarannya.
Dua sumber keselamatan di Iraq berkata, berpuluh-puluh dron telah dikesan terbang dari Iran ke arah Israel di atas ruang udara Iraq.


Iran telah berikrar membalas dendam atas serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang membunuh tujuh pegawai Pengawal Revolusi termasuk dua komander kanan.
Pada Jumaat, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran kepada Iran supaya tidak menyerang Israel.

Tentera Israel berkata, siren akan berbunyi di mana-mana kawasan yang terancam dan pertahanannya bersedia untuk menanganinya.
Israel dan negara jiran Jordan, yang terletak di antara Iraq dan Israel, berkata, mereka menutup ruang udara mereka pada malam Sabtu.
Perang Gaza antara Israel dan Hamas telah mencetuskan ketegangan di rantau itu.

anony-mous Publish time 14-4-2024 08:25 AM

Terbaik iran! China n rusia di belakang anda. Satu satunya negara yg berani. Kalini mmg melampau israel ye. Bertubi2 serangan. Ramai tegur pon xjalan sbb abg besar backup kuat

kerunai Publish time 14-4-2024 08:29 AM

Alhamdulillah..teruskan ..depa kasik licin Gaza, kali ni Tel Aviv kasik licin ..baru fair game

AbukRokok Publish time 14-4-2024 08:31 AM

ChildrenOfBodom replied at 14-4-2024 08:03 AM
lagi berapa jam nak sampai seroel? mesti ketaq lutut dh seroel takut takleh tepis guna iron dome

Dah sampai dah ada yg ditangkis ada yg berjaya bedil... Swarming tactic... Pulak sebelum tu hezbollah dah swarm attack utk deplete stok misil iron dome

AbukRokok Publish time 14-4-2024 08:32 AM

Iran vs israel+usa+uk+jordan

mojarean_X Publish time 14-4-2024 09:08 AM

https://www.youtube.com/live/MOhF6V_nJKg?si=8oTkcAl5dj7tKkpl

mojarean_X Publish time 14-4-2024 09:09 AM

R3il7D4LP1s?si=3fu9tW3xZQpBwAPO

ChildrenOfBodom Publish time 14-4-2024 09:15 AM

AbukRokok replied at 14-4-2024 08:31 AM
Dah sampai dah ada yg ditangkis ada yg berjaya bedil... Swarming tactic... Pulak sebelum tu hezbol ...

retaliotary strikes yg berhati2 (soft). hantar missile yg travel dalam slow motion (110 miles per hour katanya) . israel ada masa banyak jam utk prepare, untuk suruh rakyat sembunyi..mungkin permulaan untuk habaq kami mmg boleh serang hampaa...

emma.giggs Publish time 14-4-2024 09:24 AM

Seram nye la hai

AbukRokok Publish time 14-4-2024 10:02 AM

ChildrenOfBodom replied at 14-4-2024 09:15 AM
retaliotary strikes yg berhati2 (soft). hantar missile yg travel dalam slow motion (110 miles per...

Klu tgk video xdelah slow pun ada je misile yg laju
Mgkin belum guna full force
Teringin nk tgk keupayaan sebenar yg katanya hypersonic misil

ChildrenOfBodom Publish time 14-4-2024 10:12 AM

AbukRokok replied at 14-4-2024 10:02 AM
Klu tgk video xdelah slow pun ada je misile yg laju
Mgkin belum guna full force
Teringin nk tgk k ...

missil terbang rendah katanya. susah nk intercepted. tp banyak jugak yg dh intercept

AbukRokok Publish time 14-4-2024 11:22 AM

ChildrenOfBodom replied at 14-4-2024 10:12 AM
missil terbang rendah katanya. susah nk intercepted. tp banyak jugak yg dh intercept

Pesawat Awacs boleh kesan objek terbang rendah

Lpas ni nk tgk effisiency air defence iran plk.mcm mana israel plan nk balas balik

pu3_rania Publish time 14-4-2024 12:01 PM

InsyaAllah akan follow thread ni coz suka baca posting2 dari @ChildrenOfBodom & @AbukRokok

ultra78 Publish time 14-4-2024 12:04 PM

Tak sabar nak perang..:lol:

izwan_izi Publish time 14-4-2024 12:14 PM

ChildrenOfBodom replied at 14-4-2024 09:15 AM
retaliotary strikes yg berhati2 (soft). hantar missile yg travel dalam slow motion (110 miles per...

Yg aiols tau,land attack missile mmg tak laju...sebab diye terbang rendah dan merapat dgn permukaan bumi...kalau air to air / ground to air / air to ground baru terbang laju berdesup..

Land attack missil kalo laju...mau berlanggar dgn gunung ataupun sand dunes kt situ..tak sempat elak...

Land attack missile juga perlu terbang dlm jarakyg jauh, jadi keupayaan utk terbang laju mungkin tak penting melainkan kalau missile tu besar gedabak dan mempunyai bahan api yg banyak...baru boleh terbang laju dan jauh..
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Iran balas dendam, Israel diserang


ADVERTISEMENT