maklukpenggoda Publish time 14-4-2024 07:49 AM

Hari kemuncak lebuh raya utama sesak

Edited by maklukpenggoda at 14-4-2024 07:59 AM

Kuala Lumpur: Trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang sesak malam ini susulan warga kota pulang dari kampung halaman selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat 10 malam, aliran trafik dari utara menuju ke Lembah Klang padat antaranya di Alor Setar Selatan ke Gurun, Sungai Petani Selatan ke Bertam, Seberang Jaya ke Perai, Juru ke Taiping, Simpang Pulai ke Tapah, Bidor ke Sungkai dan Bukit Beruntung ke Sungai Buaya.
Beliau berkata bagi laluan dari arah selatan ke Lembah Klang, aliran trafik perlahan di Yong Peng ke Pagoh, Jasin ke Bemban, Ayer Keroh ke Simpang Ampat dan Pedas Linggi ke Port Dickson.
"Dari arah pantai timur di Lebuhraya Pantai Timur 2 trafik sesak di Kuala Dungun ke Kerteh dan Kawasan Rehat dan Rawat Paka ke Kuantan," katanya ketika dihubungi.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1079718/semua-lebuh-raya-utama-sesak

PETALING JAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan akan berlaku kesesakan apabila sekitar 2 juta kenderaan memulakan pergerakan masuk ke ibu kota bermula petang hari ini dan kemuncaknya pada 14 April.
Jurucakap LLM memaklumkan, pengguna disarankan merancang dan membuat persediaan sebelum memulakan perjalanan.
“Pengguna jalan raya boleh merujuk kepada Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory (TTA) bagi pengguna Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 bagi membantu pengguna merancang perjalanan.
“Sebelum bertolak pulang ke ibu kota, disarankan kesemua pengguna jalan raya untuk melihat kesesakan jalan raya menerusi paparan televisyen litar tertutup (CCTV) lebuh raya yang secara ‘real time’ di https://www.llm.gov.my,” katanya kepada Kosmo!.
Mengulas lanjut, hampir dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya utama setiap hari bermula dari 8 April sehingga semalam.
Jelas jurucakap LLM, sebanyak 1.9 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan manakala lebuh raya kendalian Anih Berhad ( Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1) sebanyak 324,098 kenderaan pada Isnin lalu.
https://malaysiagazette.com/2024/04/13/lebuh-raya-utama-semakin-sesak/#google_vignette

mejaputih Publish time 14-4-2024 07:56 AM

Tengok live camera yg hiway karak jem sikit lps tol bentong masa kini..yg lain2 nmpk lancar kalau bertolak awal pagi.

imanjannah Publish time 14-4-2024 08:52 AM

alhamdulillah trafik lancar dr Selatan, kereta banyak, tapi lancar, iols bertolak dr Kluang tadi jam 7 pagi, skrg dah sampai Nilai, estimate dlm 9.10 sampai la Kajang insyaAllah

emma.giggs Publish time 14-4-2024 09:25 AM

Gerak awal pg ok, smlm aku dr muar ke kl gerak kul 11, kuar tol terus jem

Thunderclouds Publish time 14-4-2024 11:00 AM

Dh selamat golek² kt umah.
Smlm grk blk dr temeloh kol 8lebih sampai bentong dh tsumbat melekat sbb geng sskjp sampai dulu.
Dorg ni kuor kol 4/5pg gamaknye.

hyie Publish time 14-4-2024 02:03 PM

meols dari jb ke tbs malam tadi, start kat muar sampailalepas seremban jem ye hanat..sampai tbs 6am..8 jam stuck kat hiway sajork...tu pon berhenti 3-4 kali. Dahla meols terlepas bas, sib baik akak iols kebetulan nak balik kl jugak so tumpangla dia.

kl-png ok je pagi ni lancar, utara ke kl yang jem panjang..

ninja boy Publish time 14-4-2024 02:37 PM

Edited by ninja boy at 14-4-2024 02:38 PM

Ai aman2 tarak jem sbb drive menentang jalan jem, iaitu jalan perkampungan sunyi kemudian masuk jalan menuju bandar kemudian masuk shortcut jalan belakang taman perumahan, esok ai still cuti

rosmahisham Publish time 14-4-2024 03:02 PM

Edited by rosmahisham at 14-4-2024 03:03 PM

Aku 2nd raya dh balik kl..takot jem teruk.tahun ni serentak keje/sekolah/kolej/uni start senin bg negeri yg cuti Ahad..dulu2 ada gak sekolah bukak lewat 2/3 hari..perjalaban iols sekeluarga pon smoothje alhamdulillah.. dpt jumpa semua sedara mara..lepak rmh sedara mara pon lamaaa..ada la 2 rmh pakcik x dpt beraya sbb derang g belah bini..tu nnti la3/4 minggu raya iols repeat blk kg lg !tenang dh sampai rmh x pikir duk dlm keta berjam2!nk posa 6 pon dh blh..tp tu la..masih kemaruk lg nk mkn & msk2 utk family..

gurlfriday Publish time 14-4-2024 03:13 PM

Bersyukur sgt xhdp jem2 ni semua, family & fil semua area kl selangor je

green~tea Publish time 14-4-2024 03:15 PM

Aiols dari Besut semalam balik umah.. 8 jam...10 pagi sampai umah 6 petang... 550 KM journey uolz, biasa nya 5 jam je........

Isi full tank sesiap the day before... so sepanjang perjalanan tak perlu stop for fueling, sbb station mesti beratur panjang.. makanan bawa bekal sesiap, coffee, pastries, sosej & pau ayam 7E.. makan dalam kereta je sambil drive..

Kitorang berenti toilet & solat pun dekat R&R kuantan (takde stesen minyak so queue tak panjang langsung)...

Naik LPT from sungai tong /ajil... sbb nak bypass jem di tol merapoh Kuala Terengganu...


Mmg sepanjang perjalanan kena recalculate WAZE... supaya waze update jalan mana kita boleh pintas....

Alhamdulillah selamat sampai rumah tanpa kematu bontot uolzzzzz...

green~tea Publish time 14-4-2024 03:16 PM

Edited by green~tea at 14-4-2024 03:18 PM

Esok weols cuti lagi... nak ronda2 KL dengan kereta baru si kecil yaris....rindu sbb dah tinggal seminggu kat rumah...


Aiols balik terengganu berconvoyyyyy dengan MIL & FIL... best diorang dah nak start balik beraya ke terengganu skali sama2 weols

Raya pertama solat Aidilfitri kami di Bangi & Cyberjaya

green~tea Publish time 14-4-2024 03:22 PM

Thunderclouds replied at 14-4-2024 11:00 AM
Dh selamat golek² kt umah.
Smlm grk blk dr temeloh kol 8lebih sampai bentong dh tsumbat melekat sb ...

Aneh semalam weols dekat tol gombak tak jem plak... so smooth.. :o :o

jalan karak lama tu plak yang jem melekat.. aiols tengok report dalam waze tu lah.. huishhhhh.... maybe semua duk ingat better ikut jalan lama sbb nak elak jem.. skaliii... melekat...

Tol bentong weols bypass.. sbb ikut waze...

green~tea Publish time 14-4-2024 03:23 PM

Harini kol 12 tadi weols laki bini gi massage... terus urut2 sbb nak segarkan badan....

green~tea Publish time 14-4-2024 03:31 PM

Baru teringat nak hembus...

Bagi T20 yang balik kampung pakai axia konon humble tu... mesti menyumpah2 kan... sbb tank capacity axia 25 liter ajeeeeee.... mau berenti refuelling 7-8 kali...

Meanwhile acik forum marhaen bawak kereta fuel tank 65 liter, buleh cover 770 km....


Kalo rasa bawak axia for long distance is GOLD idea... go ahead... lagi teruk kalo EV... hahahahha sangkut charging 1 jam tak masuk queueing

;P ;P ;P


Acik Forum 1 : Acik T20 Axia 0

delia3003 Publish time 14-4-2024 04:23 PM

Edited by delia3003 at 14-4-2024 04:30 PM

I golek² kat kampung lagi, esok baru balik KL. Pagi tadi keluar jap ambik angin jalan pun dah clear. Petang ni ada saudara jemput ke rumah ada makan², kalau tak golek² sampai malam.

Thunderclouds Publish time 14-4-2024 05:10 PM

green~tea replied at 14-4-2024 03:22 PM
Aneh semalam weols dekat tol gombak tak jem plak... so smooth..

jalan karak lama tu plak y ...

Sampai gombak mmg xjem chuols.
Sesak sikit mcm time blk wiken biasalah.
Tp lepas tol bentong mghala kee bkt tinggi tu mmg mcm hanat sungguh.
Xcident hapa pn tadak.
Tgk waze jln lama pn merah jugak.
Ramaaai yg pilih ikut route tuh.
Kol 12 br smpi kl.
Weols antaq ank menakan dulu sbb dia nk tompang then masuk plus blk umah sendri:lol:

green~tea Publish time 14-4-2024 08:06 PM

Thunderclouds replied at 14-4-2024 05:10 PM
Sampai gombak mmg xjem chuols.
Sesak sikit mcm time blk wiken biasalah.
Tp lepas tol bentong mghal ...

Fuh.. yang penting kita dpt elak jem melekett.. selamat sampai umah


Nak buat camne... aiols terlahir orang pantai timur..

Mujur bukan SSKJP.. tak perlu hadap jem KB - gua musangroute jem sampai 12-16 jam...

Ngeri baca news... berapa KM je tu kb - gua musang... sampai sehari suntuk

otai_g Publish time 14-4-2024 08:37 PM

Jd apa solutionnya? Tiap kali perayaan script sama berulang. Kalo perasan la Salah satu punca jamed bila ada kereta yg drive mcm bersiar2 duduk kat lorong tgh atau kanan. Driver mcm ni mmg patut Kasi Mati je. Mindset b40 terserlah.

shernazz Publish time 14-4-2024 08:46 PM

Iols kelmarin balik dari Ipoh tak jem
Masuk Bagan Datuk Raya rumah biras..
Pastu masuk wce..relaks Saja..hoho...
Stay kat sabak bernam Satu Malam...rehat2 badan.
Sabtu weols turun ke Selangor..beraya di puncak Elem..
Raya Raya rayaaaaa

mejaputih Publish time 14-4-2024 09:04 PM

green~tea replied at 14-4-2024 08:06 PM
Fuh.. yang penting kita dpt elak jem melekett.. selamat sampai umah




Skrg org sskjp ni dah start lalu besut menghala ke lpt2...jem sgt2 dari besut ke k.trg jadinya..menyumpah2 org trg nk hantar anak ke mrsm/imtiyaz besut jem teruk mengalahkan perjalanan ke KL disbbkn ssjkp lalu situ...
Pages: [1] 2 3
View full version: Hari kemuncak lebuh raya utama sesak


ADVERTISEMENT